loading...

'Aku BENCI Perempuan !' - Pengakuan Berani Mati Lelaki Ini Buat Semua Perempuab BENGANG Dengan Dia



Aku banyak baca confession dalam page ni, boleh katakan banyak perempuan yang confess terutama pasal lelaki rosakkan perempuan, jujur aku cakap bila aku baca aku tak rasa apa apa, iya aku tau aku kena rasa benda ni bukan normal ataupun kesian tapi aku langsung tak rasa apa apa. Aku lelaki, umur 25 tahun, masih baru dalam dunia luar sebelum ni pelajar dekat satu universiti local.

Cerita aku mungkin susah nak percaya, tapi terpulang aku tak kisah. Kalau perempuan nak komen apa apa buruk pasal aku pun terpulang, apa yang anda cakap sikit pun tak effect mental aku. Masa lapang aku, masa sunyi aku banyak aku habiskan dengan call girl. Aku sendiri dah tak ingat dengan berapa perempuan aku pernah tidur.

Life aku sekarang memang senang, sebelum aku grad lagi aku dah mula bisnes. Status aku sekarang dikira millionaire, tak percaya muda boleh jadi millionaire? Pergi mampus, orang bodoh memang tak reti nak cari duit, dunia trading luas sampai satu dunia, shipping barang boleh seluruh dunia, nak berbisnes sampai ke Jepun pun boleh tapi kau tak nampak jalan? Macam aku cakap, aku benci manusia bodoh, tapi aku tau ramai yang tau macamna nak trade international ataupun guna internet untuk cari duit. Aku bukan budak MLM atau mana mana skim lingkup bodoh yang tersenarai hitam dekat Bank Negara. Aku buat real business, aku belajar dari zaman university sebelum term dropship atau fbads famous dekat Malaysia dari forum luar.

Aku mula benci perempuan sejak tahun 3 dekat universiti. Girlfriend aku, perempuan yang dah 6 tahun dengan aku, curang, dia ada lelaki lain, umur lagi tua dari aku, dah kerja. Kerja biasa saja, loser yang kereta pun parents bagi dan dah umur 30 lebih pun masih duduk bawah ketiak parents. Aku sayang ex girlfriend aku, masa tu aku bodoh lagi, result pun habis lingkup sebab tekanan, hari hari call tapi ex sibuk call balak baru. Dia tak layan aku, tapi aku tetap cuba pujuk. Tapi setiap kali dia ada masalah dalam pelajaran nak tolong buat report atau apa apa aku la yang dia cari, kos aku dengan dia jauh beza, engineering dengan biologi tapi aku tetap study dan akan tolong dia, sebab apa dia cari aku? Sebab balak dia bodoh apa pun tak reti, nama saja grad universiti tapi bodoh sebab tu umur 30 tapi kerja tempat sama, tak maju. Setiap kali aku tolong ex aku, bila habis kerja dia akan sibuk dengan balak dia balik dia akan buat bodoh dengan aku balik, lama lama aku mula fed up, aku jadi benci perempuan sebab aku rasa perempuan suka pergunakan orang bukan ex aku saja ada lagi yang lain ambil kesempatan pergunakan, soal duit la, kerja la. Aku benci manusia bodoh sebab balak dia bodoh, yang dia tau dota, anime, kereta dan bola. Financial ke apa apa benda berguna semua bodoh. Tolong assignment pun tak boleh.

Kalau korang rasa dia tinggal aku sebab personaliti aku busuk, atau kuat cakap benda bukan bukan, haha silap. Aku dulu tak macamni, aku terima semua orang, aku banyak senyum. Kalau orang tak faham apa apa aku explain baik baik, bodoh pun dikira perkataan berat. Aku dari family yang well educated dan jaga agama, bukan tahap warak tapi sangat jaga terutama pergaulan. Parents aku tegas, mak aku dari zaman aku sekolah asrama pesan macam macam pasal pergaulan, bila dah besar setiap kali pesan jaga pergaulan. Tapi sekarang aku sekadar iyakan nak jaga hati mak, aku anak yang baik kot, perangai ni aku simpan, mana parents aku pernah nampak, dekat mata diorang aku anak lelaki dia yang sopan, baik, berjaya, selalu bagi duit nafkah, solat jaga.

Aku dulu sangat benci lelaki yang suka mainkan perempuan, bagi aku dulu, perempuan kita pilih biar niat nak nikah, bina family yang stabil, anak anak yang dididik elok. Tapi itu dulu la. Masa tu pulun aku buat macam macam nak cari duit konon nak nikah lepas grad build happy family hahaha. Antara kerja aku pernah buat, ghost writing, untuk blog luar sebab bayaran dalam USD, sebab tu aku boleh tulis confession panjang. Duit nak kawin tu yang jadi modal kepada apa yang aku ada sekarang lepas angan angan nak kawin lingkup. Sekarang ni aku benci perempuan. Mesti perempuan akan cakap mak aku bukan perempuan? Hahaha mudah, semua benda ada yang terkecuali dalam dunia ni, ini apa yang aku rasa so suka hati aku la.

Aku benci perempuan tapi aku selalu tidur dengan perempuan? Bagi aku, perempuan tak lebih dari sekadar alat. Aku tak pandang perempuan dengan apa apa perasaan, cuma sekadar alat. Kalau tak kenapa orang selalu cakap, lelaki akan gila bila dapat DARJAT, DUIT, PEREMPUAN. Nampak tak, dia letak perempuan sama level dengan reward yang ada, kenapa ramai pakai seksi nak tarik lelaki? Sebab deep down perempuan pun tau dia sekadar reward kepada lelaki. Nak cakap aku ketagihan dengan perempuan tak juga, aku dah tidur dengan ramai call girl, dari banyak bangsa, negara, bahasa tapi kalau aku tengok perempuan lalu lalang perempuan Melayu, tak pula rasa tertarik, atau nak try, lagipun semua call girl yang aku pilih semua lawa, tahap model, tak percaya sila tengok sendiri, Malaysia ni macam bebas saja nak cari call girl, open lagi, relaks saja. Kalau aku rajin aku akan bid virgin girl. Tauke call girl pun dah biasa whatapps aku kalau ada info baru, siap hantar depan apartment aku. Aku duduk sorang, studio apartment, banyak jiran aku Cina dan expat dari negara luar jadi tak ada sapa nak report lagipun sini guarded area, JAIS pun tak boleh masuk. Perempuan yang datang kadang kadang bahasa pun aku tak faham, memang tak komunikasi, tak penting pun. Dia sendiri tau apa kerja dia.

Aku cuma akan order call girl bila dekat rumah aku, kalau balik kampung aku macam biasa saja, tapi selalu tak lama aku kat kampung. Masih lagi sweet character depan parents aku. Aku pilih call girl sebab berbayar jadi takkan ada apa apa attachment lepas tu, aku tak suka ada feeling feeling atau jumpa perempuan yang sama. Apa aku dapat kalau order call girl tapi aku tak ketagih belaian perempuan? Kepuasan mental, bila aku dapat tidur dengan perempuan lawa aku rasa macam nak jerit bagitau ex aku, aku dah tidur dengan ramai perempuan lagi beratus kali lagi lawa dari dia dan aku beratus kali lagi kaya dari balak dia yang looser tu. Kalau aku tengok fb dia aku mesti akan cakap dalam kepala aku, aku dah dapat ramai perempuan lawa dari kau, plus aku hundreds times better dari balak kau. Balak kau drive kereta sedangkan masa kat universiti aku motor buruk pun atas nama parents? Sekarang aku drive kereta yang lagi best dari balak kau yang dapat kereta free dari mak ayah even umur dah 30 lebih dan bila masa saja aku boleh tukar kereta macam aku tukar perempuan. Lawak bila aku jumpa lelaki bodoh yang sibuk cerita bab kereta tapi pakai kereta myvi second hasil derma mak, aku tak minat kereta tapi boleh tukar mana mana kereta aku suka dan tak payah merayu dekat bank sekalipun, aku takda apa apa attachment dengan bank.

https://3.bp.blogspot.com/-n13XhMdaK6Q/VzKlKfsKxQI/AAAAAAAAP_g/3pF98LGYmS4_xUGgv4Boueib7cbgno6YgCLcB/s1600/Untitled-2.png


Selain dari perangai aku kat atas, yang lain masih normal. Aku masih macam orang Islam lain, aku tak minum, drug atau rokok. Aku pernah jumpa jumpa doktor tapi aku memang takda apa apa mental disorder, clean, cuma ada strong superiority complex, keadaan yang buat aku rasa aku better dari orang lain. Memang betul pun. Aku habis grad bayar cash loan pelajaran, balak ex aku dah umur 30 terkial bayar loan belajar tapi upgrade kereta boleh pula, bodoh. Aku pernah juga cuba lepak dengan geng tabligh, tapi bila dia mula sembang pasal konspirasi, vaksin, cakap tak berasaskan fakta terus aku bangun and cakap, aku tak campur dengan orang bodoh dan aku sangat benci orang bodoh. Jumpa kaunselor pun pernah doktor refer, tapi kaunselor pun hati tisu, baru aku sedarkan dia life dia macam loser dah mata berair, aku taktahu la dia bunuh diri ke tak sebab aku suggestkan dia buat macamtu.

Baru baru ni pula mak aku kecoh nak aku kawin, dia kenalkan anak kawan dia, muda dari aku, mak aku cakap sesuai dengan aku sebab aku nampak muda dari umur aku, aku agak kurus dengan ketinggian sederhana so ramai ingat aku belasan tahun. Masalah utama sekarang, perempuan tu serius annoying gila, mak aku bagi no whatapps aku dekat dia, then dia dok mesej aku nak sembang pasal jodoh la apa la, aku serius nak jerit kat muka dia, suruh dia diam, perangai dia annoying, tapi aku takut dia bagitau mak aku, so aku reply mesej dia pendek dan jarang, normally cakap aku busy kerja ataupun dan tidur semalam tapi dia tetap dok mesej selalu, paling aku meluat dengan pesanan harian dia entah ciplak quote dari fb sapa entah. Nak block pun tak boleh. Rimas aku, belum dikira mak dia lagi, serius aku rimas dengan anak beranak tu.

Confession aku memang penuh hate saja, jadi kalau ada apa apa nak cakap silakan, mana nak tau ada yang boleh cakap something yang buat aku terkesan hahaha. Oh, ex aku nak nikah, duit siap bahagi sama sama dengan balak, dengan aku dulu semua nak aku yang cari. Ramai betul nak nikah sekarang tak kira musim, yang cerai pun ramai, banyak sebab duit, see, duit kuasai dunia sapa ada duit dia ada kelebihan. Feminist mesti meluat gila dengan cara fikiran aku, tapi serius aku tak kisah.

Btw, semalam aku baca confession perempuan yang keluar dengan laki dia kenal kat wechat lepastu kena bawak ke hotel, siap laki tu pinjam duit lagi. Aku suggest kau pergi buat report polis dia paksa kau then peras ugut atau rompak kau. Biar kau pun rasa puas hati, apa pun sebab ni la aku tak suka perempuan yang pick up macamtu saja terutama bila jadi banyak communication nanti ada feeling attach tak kisah mana mana side, lagi teruk kalau pregnant, darah daging sendiri takkan kau boleh biar takpun hantar orphanage pula. Escort girl takda benda, bayar saja, no feeling attach.



Share: