Pulau Tioman, 23 Mei - Seorang gadis 17 tahun di Pulau Tioman yang
dipercayai menjadi hamba seks kepada sekumpulan rakannya sebelum
beberapa bulan selepas mereka mengugut untuk menyebarkan video hubungan
intim dan gambar bogelnya, lapor Guang Ming Daily.
Pengalaman pahit gadis itu bagaimanapun diketahui pada Khamis lepas
setelah gurunya ternampak gambar dan video terbabit viral di media
sosial.
Menurut ayah kepada gadis itu, mangsa dikatakan dirogol beramai-ramai
pada Mac setelah dia pengsan kerana meminum air yang ditawarkan oleh
rakan-rakannya itu.
Bapa gadis itu juga mendakwa suspek mengambil gambar dan video ketika
kejadian itu dan mengugut mangsa untuk menyebarkannya jika dia tidak
mahu mengadakan hubungan bersama mereka.
Selain itu dipercayai mangsa bimbang jika ayahnya akan memarahinya jika
tahu mengenai perkara ini, jadi dia hanya menurut kehendak
rakan-rakannya itu, Bapa gadis itu kemudian membuat laporan polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Muhammad Aidil Roneh Abdulah,
enam suspek, termasuk seorang wanita ditahan susulan laporan yang
dibuat.






