Pertama sekali, ini bukan artikel lucah. Sila ambil positif.
Payudara
yang kecil membuatkan wanita berasa kurang yakin dengan diri sendiri
dan keayuannya tidak menyerlah. Ianya menyebabkan kesukaran untuk
memakai baju atau dress yang seksi. Ada dua cara dalam
membesarkan payudara tanpa perlukan pembedahan, iaitu cara senaman
fizikal dan juga pemakanan secara semula jadi.
A. Cara senaman fizikal
1. Push Up
Ini cara besarkan payudara yang pertama. Untuk melakukan latihan ini posisikan tubuh anda seperti posisi push up yang sering dilakukan oleh orang lain. Jika push up seperti posisi yang dilakukan oleh lelaki terasa berat untuk anda, letakkan lutut anda pada lantai.
Dengan
lutut diletakkan pada lantai, semua beban tubuh anda akan bertumpu pada
lutut dan posisi ini akan memudahkan anda untuk mengangkat berat tubuh
keatas. Bagi anda yang belum biasa melakukan push up, sebaiknya lakukan push up dengan latihan yang ringan terlebih dulu. Lakukan 5-6 kali push up dalam seminggu pertama.
Setelah memasuki minggu kedua sampai selajutnya, tambahkan latihan push up menjadi 7-10 kali dalam seminggu. Jika push up
ini dilakukan secara teratur dan terus menerus, otot dada dan juga bahu
anda bukan hanya terlatih namun juga memiliki kekuatan dan kekencangan.
Keadaan
otot dada dan bahu yang demikian akan memastikan ukuran payudara anda
akan berubah lebih besar dari sebelumnya. Cara besarkan payudara dengan push up ini selain efektif, ia juga mudah dilakukan kerana tidak membawa kesan sampingan bagi kesihatan tubuh yang lain.
2. Berenang
Cara besarkan payudara ini perlukan tenaga dan skil.
Senaman yang mampu merangsang pembentukan otot dada dan bahu juga dapat
dilakukan dengan berenang. Jika hobi anda adalah berenang, ini
adalah hobi yang bagus.
Namun tidak semua gaya berenang memberikan
perubahan yang signifikan terhadap ukuran payudara anda. Hanya gaya
kupu-kupu yang memberikan pengaruh besar terhadap perubahan ukuran
payudara. Bagi perenang yang masih baru, gaya kupu-kupu sangat sukar
dilakukan kerana perlukan latihan khusus.
Namun bagi yang sudah
profesional, gaya kupu-kupu dapat jadikan alternatif sebagai cara
besarkan payudara. Tidak perlu melakukan prosedur pembedahan meletakkan
implan yang sangat berbahaya dan menghabiskan belanja yang mahal, ukuran
payudara kita boleh berubah menjadi lebih besar hanya dengan senaman.
B. Cara pemakanan dan lain-lain:
1. Kacang soya
Banyakkan memakan kacang soya. Kacang soya mempunyai kandungan estrogen semulajadi (genistein) yang terikat pada reseptor payudara perempuan. Zat ini mampu membantu mencegah pertumbuhan kanser payudara.
2. Jauhi arak
Tidak
relevan untuk Muslim. Bagi non-Muslim, lebih baik elakkan minuman
beralkohol. Minuman beralkohol dapat meningkatkan risiko terkena kanser
payudara. Meminum 2 gelas minuman beralkohol dipercayai mempunyai risiko
terkena kanser 21% lebih tinggi.
3. Sayur
Banyakkan
memakan sayur; beberapa jenis sayuran seperti brokoli yang mengandungi
sulforaphane dapat mencegah pembiakan sel-sel kanser.
4. Ikan
Banyakkan
memakan ikan laut; ikan laut banyak mengandungi asid omega. Asid omega
ini berfungsi untuk memperkuatkan sistem keimunan tubuh dan menghalang
pengaruh tumor yang dapat berkembang menjadi kanser.
5. Bersihkan selalu
Bersihkan payudara secara rutin; Bersihkan payudara secara rutin dengan menggunakan kain lap yang dibasahi dengan air suam.
6. Guna masker
Cara besarkan payudara yang terakhirkan ialah dengan masker. Gunakan masker payudara; payudara boleh diberikan masker
khas untuk menjaga keindahan, kepadatan, dan tidak kendur. Beberapa
bahan semulajadi yang boleh digunakan sebagai masker payudara diantara
adalah: • Kacang panjang
Kisar kacang
panjang hingga halus kemudian tambahkan sedikit air sehingga agak
kental. Gunakan untuk menyelaputi seluruh bahagian payudara kecuali
bahagian puting. Letakkan masker selama 15 minit lalu bilas dengan air
suam. Masker dari kacang panjang ini dipercayai dapat membesarkan ukuran payudara. • Yogurt dan telur
Campur
sesudu yogurt asli dan sebiji telur, boleh juga ditambahkan vitamin E.
Sapukan secara rata di seluruh permukaan payudara, urut perlahan-lahan
agar masker meresap. Setelah dibiarkan selama 20 minit, basuhlah dengan air hangat hingga bersih. • Epal dan susu.
Dua
buah epal dipotong kecil-kecil lalu dicampurkan dengan 1 liter susu.
Didihkan di atas api hingga kental seperti pasta. Setelah dibiarkan
sejuk sapukan ke seluruh permukaan payudara. Masker ini dipercaya dapat membuat kulit payudara menjadi kencang dan berseri.
Akhir kata
Foto Kredit: www.womenshealthmag.comSemoga
informasi dan cara besarkan payudara ini bermanfaat untuk digunakan
bagi membuatkan anda rasa lebih yakin. Jikalau ada masalah sampingan,
sila berjumpa doktor untuk nasihat pakar dan pemeriksaan lanjut.