Beberapa hari lalu, kecoh seketika apabila adik kepada pengacara dan
pelakon terkenal Neelofa iaitu Ameera telah memuat naik video di Youtube
yang memaparkan perbandingan antara sekolah kerajaan dan sekolah
antarabangsa.
Namun, video tersebut telah menimbulkan kemarahan netizen apabila Ameera
telah mengeluarkan pandangan peribadinya bahawa sekolah kerajaan adalah
‘low level’ berbanding dengan sekolah antarabangsa.
Ingatkan sudah reda, rupanya netizen masih menyimpan dendam kepada adik
Neelofa, Ameera. Ameera sekali lagi diserang di laman Instagram gara
gara berpakaian jarang.
Baju jarang, lengan singkat, seluar singkat yang dipakai oleh Ameera
menjadi 'point' utama netizen yang dianggap sebagai 'contoh' didikkan
dari sekolah swasta yang dibanggakan oleh Ameera sebelum ini. Ameera
bagaimanapun mengambil tindakan berdiam diri dan tidak menurunkan gambar
tersebut.
Sebelum ini Ameera telah tampil meminta maaf kepada umum atas
ketelanjuran kata-katanya malah dia juga tidak berniat untuk menyakiti
mana-mana pihak berhubung isu tersebut.
“Saya ingin memohon maaf kepada sesiapa yang tersinggung dengan penyiaran video itu baru-baru ini. Saya tidak berniat sama sekali untuk menyakiti anda dalam apa jua cara sekalipun. Semua yang saya katakan itu adalah berasaskan daripada pengalaman saya dan pemerhatian saya seperti yang dinyatakan dalam video,” katanya sebelum ini.