Seorang pengantin perempuan yang mahu menyambut perkahwinannya dengan
mengadakan seks pada awal pagi selepas majlis itu berlangsung terkejut
apabila menyedari lelaki yang berada di atas katil bukan suaminya tetapi
pengapit pengantin lelaki.
Pengantin perempuan itu yang mahu dikenali sebagai Huang dikatakan pergi
ke bilik mandi pada awal pagi selepas malam majlis perkahwinan.
Dia dengan seronok kembali ke bilik yang disangka biliknya dan mula meraba lelaki berkenaan yang disangkakan suaminya.
Sebenarnya lelaki itu ialah pengapit suaminya ketika majlis perkahwinan
mereka dan dia tidak menyedari bahawa dia sudah mengadakan seks
hinggalah sejurus selepas hari mula cerah.
Semua penghuni rumah berkenaan mengelilinginya dan selepas perbahasan
hangat, mereka memutuskan cadar kotor keluarga itu tidak boleh dibasuh
secara terbuka dan pengapit terbabit perlu membayar pampasan kepada
pengantin baru itu berjumlah 20000 yuan bersamaan lebih kurang RM12, 324
ribu.
Namun, keputusan itu dibantah oleh pengapit tersebut yang mendakwa
dirinya tidak melakukan sebarang kesalahan dan tidak mempunyai wang
untuk diberikan kepada pasangan pengantin itu.
Pasangan berkenaan kemudian mengheretnya ke balai. Malangnya, pihak
polis enggan menyiasat kes itu kerana berpendapat apa yang terjadi
bukanlah kes rogol .
Kerana kecewa, mereka kemudian memfailkan tuduhan rogol terhadap lelaki
itu di Mahkamah Rakyat Bandar Napo. Lebih malang, mahkamah turut menolak
kes itu dengan menyatakan tidak ada keganasan atau paksaan digunakan
oleh pengapit itu.