Kepada sesiapa pun, janganlah sesuka hati membuang air kencing di tempat
sembarangan kerana jika tersilap tempat tanggunglah akibatnya sendiri.
Begitulah yang dialami oleh seorang lelaki berumur 40 tahun yang bekerja
sebagai pemandu teksi.
Entah urat mana yang salah di kemaluan pemandu teksi tersebut sehingga
sejak awal Mei lalu kemaluannya tidak turun turun selepas dia kencing
ditepi perkuburan Islam.
Menurut pemandu tersebut, dalam perjalanan pulang kira-kira jam 9.30
malam itu, dia menahan kencingnya sejauh 15km dan kerana tidak mampu
menahan lagi, dia mengambil keputusan untuk berhenti di satu kawasan di
tepi jalan bagi melepaskan hajatnya. Tanpa disedari kawasan tersebut
adalah perkuburan orang kampung.
"Waktu itu saya buka zip dan kencing, sambil melihat di sekeliling kemudian saya melihat tanda, tanah pekuburan Islam.
Ibarat nasi sudah menjadi bubur tak mungkin saya berenti untuk menghabiskan kencing, katanya.
Ketika dalam perjalanan balik, lelaki tersebut tidak mengalami apa apa
kelainan akan tetapi keesokkan paginya dia mula merasa sakit di
kemaluannya. Kemaluannya berdenyut serta merasa panas.
Lebih mengejutkan kemaluannya tidak mahu turun. Supaya tidak terlalu
sakit, isterinya kadangkala meletakkan kain basah pada kemaluan
suaminya.
Pada pertengahan bulan Mei lalu, penyakit aneh itu seakan tidak mahu
sembuh hingga memaksa dia pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan
lanjut. Doktor yang merawatnya juga tidak mengenal pasti punca kemaluan
lelaki itu yang tidak mahu turun. Akan tetapi setelah dia menceritakan
hal yang sebenarnya, Doktor itu sebaliknya menyarankan suapaya lelaki
itu pergi bertemu dengan ketua kampung dimana tempat dia kencing dahulu.