loading...

5 GAMBAR Suasana Pilu Semasa Jenazah Mangsa Langgar Go Kart Dikebumikan

Jenazah dua beranak yang terkorban selepas dilanggar kereta lumba kart di Kompleks Sukan Sukpa, Jalan Sukpa, di sini, hari ini, selamat dikebumikan malam tadi.

Jenazah Izwan Isa, 39, dan anak perempuannya Nur Zulaikha Izwan, 4, dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Jalan Bukit Ubi di sini, kira-kira 11 malam.

kbumi2.jpg_1474817985.jpg

14364714_1529054797120656_28044338381315

14434995_1529054707120665_20455808707235

14469525_1529054740453995_63403116724914

Terdahulu dua jenazah selesai menjalani bedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sebelum dimandi dan disembahyangkan di Masjid Tengku Ampuan Afzan, di sini.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob turut meluangkan masa bertemu ahli keluarga mangsa di masjid sebelum menyertai 600 jemaah menyembahyangkan jenazah.

Izwan Isa bersama isteri dan dua anaknya meluangkan masa cuti hujung minggu menyaksikan perlumbaan kereta kart EIMARACE sebelum mereka sekeluarga dirempuh sebuah kereta yang bergesel dalam perlumbaan itu.

Sumber: informasidbt

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2dbooJY via IFTTT
Share: