loading...

Adegan Seorang Janda Digagahi Teman Lelaki Dalam Hotel Bajet Di Hadapan Anak Terbongkar

2.png

BUTTERWORTH: Seorang janda sanggup membawa anak lelakinya berusia 10 tahun sebagai teman, bagi mengelak ditahan pihak berkuasa dalam operasi khas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) sempena sambutan tahun baharu, awal pagi tadi.

Ketua Bahagian Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan, berkata janda berusia awal 30-an dari Sungai Petani, Kedah itu, ditahan di sebuah hotel bajet dekat Jalan Teluk Air Tawar di sini, bersama pasangannya sekitar jam 3 pagi.

“Wanita itu ditahan bersama pasangannya dari Balik Pulau yang turut dilaporkan sudah berkahwin,” katanya.

Beliau berkata, JHEAIPP menahan 48 individu berumur 18 hingga 30 tahun dalam operasi khas yang dijalankan di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Daerah Timur Laut, di sini.

“Seramai 26 lelaki dan 24 wanita ditahan dalam operasi bermula jam 2 pagi itu. Semua mereka akan didakwa mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. – See more at: http://ift.tt/2cPBamd

Sumber: kekitamedianetwork

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2cCJeTR via IFTTT
Share: