Perkembangan dan kepesatan dunia teknologi dan media sosial terkini menyebabkan Anuar Zain yang popular dengan lagu-lagu balada seperti Lelaki Ini dan Sedetik Lebih terpaksa akur dengan peredaran teknologi sosial ini.
Anuar atau nama sebenarnya, Shahrul Anuar Zain, 46, menjelaskan beliau telah membuka sebuah akaun laman sosial Instagram sejak 9 September lalu dan dia telah memuatnaik 11 keping gambar serta seramai 1628 yang menjadi pengikut..
Keputusan membuka akaun instagram ini adalah supaya beliau dapat berkongsi cara bagaimana lagu-lagunya dihasilkan dengan peminat-peminatnya.
Keputusan membuka akaun instagram ini adalah supaya beliau dapat berkongsi cara bagaimana lagu-lagunya dihasilkan dengan peminat-peminatnya.
"Saya sudah ada laman sosial iaitu @Anuarzainnetwork yang baharu sahaja saya buka sejak 7 September lalu dan tidak sangka dapat banyak respon dan komen positif peminat.
"Saya banyak berkongsi tentang proses rakaman lagu yang mana, ramai rupanya peminat saya ingin tahu dan bertanya," demikian dipetik dari mStar Online.
Suatu ketika dahulu beliau tidak aktif dalam aman sosial kerana tidak mahu dikritik, tetapi kini dia tidak peduli tentang komen negatif segelintir pihakkerana memang menjadi lumrah sebagai seorang selebriti akan dikritik.
"Kalau nak ikutkan tentang kritikan saya sudah biasa, kadang-kadang tengah jalan pun orang cakap saya perasan handsome.
"Saya takkisah, kalau negatif saya tidak akan ambil peduli," ujarnya.
Sumber : virallogik
Sumber : Jamgetah from Kisah DUNIA... http://ift.tt/2d2KXBu via IFTTT