loading...

'Berani Korang (Student) Menyewa Kat Kawasan Seram Ini'


Assalamualaikum. Aku seorang student IPT di sebuah kolej yang baru dinaiktarafkan menjadi universiti. Aku nak cerita pasal benda yang terjadi sewaktu aku pertama kali masuk ke rumah sewa ini sehinggalah sekarang. 

Di sem satu lagi aku dah duduk di rumah sewa sebab aku malas nak tinggal di asrama. Rumah sewa dua tingkat ini terletak di atas bukit, kawasan perumahan baru. Selasalah juga sebab rumahnya besar, setiap bilik ada tandasnya sendiri. Sewa bulanan pun 'umph' juga. 

Pertama kali aku masuk ke rumah ini, aku dapat master bedroom. Rumah ini memang kosong dan tiada sebarang perabot yang disediakan. Penyewa masuk sehelai sepinggang. Tidur pun beralaskan Toto Narita. 

Pada mulanya, aku rasa seram sejuk bila masuk ke rumah ini. Bukan apa, aku jenis yang 'boleh nampak dan rasa' kalau ada benda-benda makhluk halus  ini. Tambahan pula, ini kawasan perumahan baru, tak ramai yang tinggal di sini pada masa itu seperti hari ini. Boleh dikatakna hampir setiap malam ada anjing yang akan menyalak di depan rumah kami. Bukan setakat depan rumah, tetapi di belakang rumah pun ada. Bukan seekor dua, tetapi banyak. Yang peliknya, anjing selalu menyalak pada rumah ini sahaja. 

Nak dijadikan cerita, hari pertama aku tidur okay saja. Tiada sebarang gangguan. Tetapi selepas selang 2-3 hari, aku dah mula rasa dan nampak sesuatu. Benda pertam yang aku nampak dalam rumah ini semasa aku nak tidur. Dalam jam 12 malam, aku nampak ada benda terapung atas badan salah seorang housemate aku ini. Kelihatan seperti lembaga besar, terapung betul-betul di atas housemate aku ini. Masa itu aku dengan dia tidur bersama, jarak satu tilam di antara kami. Kiranya tilam di tengah-tengah itu kosong sebab housemate yang seorang lagi balik rumah dia. 

Memang cuak gila! Jantung aku berdegup kencang bagai nak pecah. Tapi aku tak ceritakan pada sesiapa sebab tak nak takutkan mereka. Yelah, kadang-kadang ada jenis yang tak kuat kan. Jadi, aku diam-diam dulu. Selain itu, aku nampak ada satu benda yang bertenggek di atas almari housemate aku itu. Tak mampu aku nak bersuara pada ketika itu. 

(Aku dah ceritakan perkara ini kepada housemate tentang perkara ini. Tetapi dia selamba saja, langsung tak gentar apa pun. Padahal orangnya kecil, kurus kering saja. Tak sangka pula hatinya kental...)

Sem baru, aku tukar bilik. Aku pindah ke bilik paling hujung sekali, dekat dengan tandas. Jadi, aku akan dengar pergerakan orang keluar masuk bilik air.

Jam 3 pagi, aku terdengar bunyi orang mandi dalam bilik air, siap menyanyi mendayu-dayu. Padahal aku tengok, semua tengah tidur nyenyak dan lena di tempat masing-masing. Aku mula rasa semacam tetapi aku buat tak tahu. Aku pasang earphone dan full volume. Kemudian tertidur dalam keadaan tidak tenang. 

Ada satu hari ini ketika tengah cuti sem, aku rancang nak balik rumah sewa sekejap ambil pakaian nak bawa balik. Aku pergi ke rumah itu dengan seorang kawan ini. Semasa kami sampai dari Penang ke Kuala ini, kami dah rasa tak sedap hati. Namun, masing-masing mendiamkan diri untuk sedapkan hati sendiri. 

Malam itu, kami lepak di ruang tamu saja sebab rumah kosong, tak ada orang. Makanlah seketika di ruang tamu. Tengah seronok bersembang-sembang, tiba-tiba terdengar bunyi orang buka pagar rumah. Kami pun apa lagi, memang cuaklah! Bunyi dia buka pintu punylah kuat. 

"Kau dah lock pintu kan?!" soal kawan aku banyak kali. 

Aku cuba berlagak tenang. Kami tak habis makan, terus lari tidur di bilik atas. Kawan aku ini pula jenis yang cepat tidur awal kalau ada sesuatu yang berlaku. Yang terpaksa menghadap semua ini, aku. Sengsara weh!

Tengah sedap-sedap tidur, terdengar pula bunyi orang berlari-lari di balkoni. Paling tak boleh blah, terdengar bunyi tapak kaki orang naik tangga ke bilik tidur kami. Bunyinya bukan perlahan tetapi kuat! Bunyi orang naik tangga sambil hentak kaki. Lama juga bunyi itu berlangsung. Sudahlah pada masa itu hanya kami berdua saja di dalam rumah. Aku dah rasa seram, dah terfikir yang bukan-bukan. Kalau bukan manusia, mesti benda tu. Aku buat-buat tak dengar, tak jadi malam tu nak packing pakaian. 

Esok pagi, baru aku kemaskan pakaian dan cepat-cepat keluar dari rumah itu walaupun jadual perjalanan tren kami bertolak pada jam 12 tengah hari. Dalam jam 10 pagi itu, kami sudah keluar. Punya seramlah!

Aku tak tahun duduk bilik itu, aku tukar tidur di ruang tamu di bawah pula. Sampai sekarang aku menapak di ruang tamu bawah ini. Aku ingatkan aku kurang sikitlah nampak benda-benda aneh ini, ternyata lebih teruk pula jadinya. Lagi banyak benda-benda aneh yang aku nampak sebab perabot dalam rumah ini tak lengkap, jadi aku boleh nampak sampai ke dapur. 

Yang agak seram bila di bawah ini masa aku nampak benda itu di meja makan. Aku tidur di atas sofa, sofa pula menghadap ke meja makan. Memang terkejut aku nampak baju putih panjang tengah duduk saja di situ. Mujur dia duduk pandang belah sana, bukan pandang aku. Kalau tak, memang tak tahulah apa yang terjadi pada aku malam itu. 

Selepas itu, ada juga satu hari itu aku ternampak lembaga tinggi dan besar seperti orang sedang memerhati di tingkap dapur itu lama pula. Dia macam tenung ruang tamu rumah ini, tepat ke arah tempat aku tidur. Serius memang besar dan tak mungkin orang sebab belakang rumah itu gelap dan sunyi. Mana ada orang lalu lorong belakang rumah itu? Ada orang cakap, itu mungkin hantu raya. Tapi entahlah. 

Pernah satu hari itu aku ternampak kepala terbang, penanggal. Aku baru balik daripada kedai runcit, jam 8 malam lebih. Aku nampak benda itu di rumah jiran. Sekali pandang, ingatkan orang so aku tak kisahlah. Pandang kali kedua, dia terbang. Terus aku lari masuk ke rumah. 

Satu lagi, ketika aku balik dari kedai makan jam 9 malam lebih. Aku straight balik ke rumah sebab kedai makan tak jauh dari rumah. Tunggang motosikal perlahan-lahan depan rumah tiba-tiba ternampak baju putih rambut panjang tunggu di depan pintu rumah. Aku pun apa lagi, buat-buat tak nampak dan terus jalan straight pusing-pusing dulu. 

Aku memang tak mahu lagi nak masuk ke rumah. Tak tahu dia perasan aku atau tidak, punyalah berharap benda itu dah tak ada sebab dah jam berapa dah, takkan nak tidur luar pula? Aku terpaksa tabahkan hati, parking motosikal betul-betul di sebelah 'dia'. Aku turun, buat-buat tak nampak, tak perasan 'dia'. Selepas itu, terus kunci pintu rumah. 

Masa itu cuak gila weh! 'Dia' berada di sebelah aku saja! Muka macam tak ada apa-apa tapi jantung dah berdegup kencang macam baru lepas marathon dengan Usain Bolt. 

Setakat itu saja aku nak cerita walaupun sebenarnya ada banyak lagi bertembung dengan makhluk halus ini. Dengar bunyi guli, rasa macam orang lalu di belakang kita, cawan tiba-tiba jatuh, suis lampu/kipas tiba-tiba tertutup, tudung saji yang kukuh di atas meja pun tiba-tiba terjatuh dan banyak sangat kejadian 'tiba-tiba'. 

Yang terbaru, selepas habis short sem, ada cuti dua minggu. Aku dengan kawan aku, orang terakhir balik. Kami dah kemas rumah cantik dan bersih. Tetapi bila balik ke rumah sewa minggu lepas seorang diri, tengok keadaan rumah bersepah habis. Serius aku cakap tak macam yang kami tinggalkan sebelum balik. 

Aku masuk rumah, bau busuk seperti bau bangkai yang berulat menerjah hidung. Kawan aku simpan motosikal dia dalam rumah sebab dia seorang saja yang balik tak bawa motosikal. Aku tak tahu macam mana boleh ada pisau dalam raga motosikal dia. Selepas itu, bilik bawah punya bilik air, paip airnya terbuka. Melimpah air dalam tandas. Padahal, aku orang yang terakhir menggunakan tandas itu. Aku masuk pun bukannya nak mandi ke apa, cuma salin baju sebelum balik ke Penang. Lantai di bilik air pun sudah kering. Tetapi siapa yang buka paip air itu? Sedangkan orang yang terakhir balik itu adalah aku? 

Benda yang agak menakutkkan aku bila nampak keadaan dapur seperti ada orang menyelongkar tong sampah. Dia macam berkeliaran di dapur. Bila aku nak pergi periksa keadaan dapur, 'benda' itu macam perasan aku datang lalu 'dia' lari dan duduk atas pinggan mangkuk. Selepas itu jatuhlah satu cawan plastik. Aku pun rasa tak sedap hati, tak jadi pergi ke dapur. Aku buka lampu ruang tamu dan tidurlah aku dalam cahaya. 

Oh ya, ada sesetengah kejadian aku ceritakan pada housemate. Ada yang aku simpan sendiri sebab ada kisah seram sangat-sangat. Selepas aku cerita, mulalah seorang demi seorang housemate buka cerita yang mereka pernah rasa dan nampak. Jadi setiap kali mereka nampak atau rasa tak sedap hati, mesti mereka cerita pada aku dulu. 

Nak kata hati aku tabah pun tak juga sebab dah selalu nampak kita terpaksa kawal diri daripada nampak seperti takut sangat. Kalau nampak, reaksi kena buat seperti tiada apa-apa yang berlaku. Padahal dalam hati, hanya Allah yang tahu. 

Apa yang aku nak ceritakan ini hanya yang aku nampak sahaja. Pengalaman aku sendiri sebenarnya terlampau banyak. Di asrama pun aku pernah nampak sebelum masuk ke rumah sewa. Banyak jugalah yang aku nampak. Kadang-kadang di rumah aku sendiri pun nampak. Balik kampung pun nampak dan dengar macam-macam. 

Daripada info yang aku dapat daripada sini, dulu kawasan perumahan kami ini hutan belantara. Mereka kata orang dulu banyak buang 'benda' di sini. Ada yang kata selalu ternampak hantu pocong di kawasan ini. Mereka kata mereka sendiri takut nak datang ke sini sebab seram dia lain macam. Mereka terkejut juga sebab kami student berani sewa di kawasan ini. - Makcik Karipap, IIUM Confessions | The Reporter


Sumber : Citeheboh from Kisah DUNIA... http://ift.tt/2cmhJMG via IFTTT
Share: