“Semuanya sudah ditulis dalam kenyataan media, tiada apa-apa yang ingin diulas lagi. Apa yang berlaku sudah kententuan Allah, saya kena pergi sekarang, terima kasih. Saya tetap akan muncul kerana kerja tetap kerja walaupun berhadapan dengan rintangan atau masalah,” katanya kepadam Star Online berhubung dengan isu pembatalan majlis perkahwinanya baru-baru ini.
Sebelum ini, Harian Metro melaporkan, Fara dikatakan membatalkan majlis pernikahan beliau dengan Mohamed Hafiz kerana status lelaki itu yang sudah berkahwin dan merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan Fara. Bagaimanapun, semalam Hafiz tampil menafikan dakwaan terbabit dan meminta orang ramai bertanyakan sendiri kepada Fara sebab majlis itu dibatalkan.Pada majlis itu, Fara hadir bersama 10 pengawal peribadi yang mengawal ketat pergerakan beliau. Sejurus selepas tamat sesinya, Fara terus bergegas menuju ke kereta jenis BMW X6 yang diparkir dibelakang pentas berhampiran pintu masuk bagi memudahkan beliau menuju ke kenderaannya dengan tujuan untuk mengelak daripada terus diasak oleh wartawan yang menunggu.
Sumber : Beritatanpaiklan
from Kisah DUNIA... http://ift.tt/2cirVrU via IFTTT