loading...

Berkat Jaga Orang Tua Rezeki Datang Mencurahcurah

2cJ9kVr

Salam, aku Mimi, berusia 27 tahun. Aku cuma ingin kongsikan kisah di antara mak, ayah, aku dan opah.

Mak anak kelima dari 10 adik beradik. Mak memang sudah terbiasa hidup susah. Biarpun hidup tak menentu, mak berjaya mendapat keputusan yang bagus semasa SPM. Tetapi disebabkan kesempitan hidup, mak terus bekerja sebagai kerani (gomen) sebaik saja tamat SPM.

Memang kerja di bawah kerajaan tetapi bawah mak ada ramai lagi adik-beradik yang tengah belajar. Bermula dari bulan pertama mak kerja, memang setiap bulan mak tak pernah terlupa beri opah dan atok duit belanja. Aku belum lahir lagi pada waktu itu. Tetapi Opah ceritakan semula semua ini pada aku.

Selepas beberapa tahun bekerja, mak kahwin dengan ayah. Kemudian atok meninggal dunia pada usia 50+.

Kehidupan mak dan ayah pada awalnya, tak senang. Ayah bekerja sebagai askar (pangkat paling rendah) di luar negeri. Selepas aku lahir, barulah kami tinggal bersama. Mak seorang diri menjaga adik beradik lain di rumah. Aku salah seorang sakit kejadian dan memang selalunya setiap bulan tak cukup duit. Mesti korek duit simpanan yang mak simpan sikit. Tetapi mak tetap bagi wang belanja pada opah, tak pernah kurang dari RM100. Kalau ada lebih, bagi lebih. Tetapi kalau tak cukup, RM100 tetap ada untuk opah di kampung.

Bila dah kahwin, ayah pun seperti mak, memang tak pernah melupakan ibu di kampung walaupun pada ketika itu ayah hidup susah. Atok sebelah ayah sudah meninggal dunia.

Memang dalam tempoh 7-8 tahun rezeki tak nampak. Tetapi sepanjang hidup kami cukup makan dan pakai. Selepas bertahun-tahun rutin ini menjadi amalan mak dan ayah pada ibu mereka, memang nampak rezeki mak ayah aku murah sangat.

Ayah dan mak dapat menunaikan haji, beli rumah, beli kereta bagai. Walhal dulu mak dan ayah nak buat simpanan dari gaji pun belum tentu ada. Konsep mak dan ayah senang, dapat saja gaji, pertama sekali cukup atau tidak, Opah mesti didahulukan. Selepas itu, selebihnya barulah fikir tentang hutang-hutang yang hendak dilangsaikan.

Aku dengan opah memang rapat. Kalau kami tidur sekatil, jawabnya jam 12 pun belum tentu tidur sebab kami akan bersembang sampai aku sendiri tertidur.

Bila opah sebelah mak dah uzur, opah nak tinggal bersama kami. Adik beradik mak yang lain juga turut membantu dan mempelawa opah tinggal bersama mereka kalau mak ada kursus.

Waktu itu aku SPM, tak tinggal di asrama. Sekolah harian seperti biasa sahaja. Kali ini wang ringgit bukan pertaruhan tetapi tenaga dan kesabaran dalam menjaga opah. Maklah orang yang tidak pernah mengeluh penat menjaga opah. Opah pernah marah-marah tak nak pakai lampin. Jadinya, opah berak dan kencing merata dalam rumah. Di ruang tamu pun pernah. Ibarat kalau masuk saja pintu rumah, memang ada bau. Setiap kali opah ke tandas, lantai mesti dimop sebab kencing tak lawas. Mujur ayah faham dan tidak pernah marah-marah. Kami bergilir-gilir mop lantai. Bayangkan sehari berapa kali kena mop lantai bergilir-gilir.

Wang perbelanjaan opah tetap ada walaupun opah tinggal bersama kami. Saja mak buat begitu, sekurang-kurangnya bila mak tak ada duit, boleh gunakan untuk rawatan opah.

Sepanjang menjaga opah, kami dimurahkan rezeki lagi. Mak dan ayah dapat naik pangkat. Dari rumah kecil, kami berpindah ke rumah banglo yang lebih selesa. Tetapi sayangnya opah tak sempat merasa itu semua. Opah meninggal dunia sebelum rumah baru kami siap.

Selepas opah meninggal, rezeki memang datang mencurah-curah. Rezeki datang tanpa diduga. Alhamdulillah. Dari kereta kecil dah boleh beli kereta jenis MPV. Adik beradik kami pun dimudahkan jalan untuk belajar dan mencari rezeki. Sekarang, semua sudah bekerjaya.

Bila difikirkan semula, aku yakin bahawa inilah berkat menjaga orang tua. Kami sudah terikut apa yang mak dan ayah buat pada opah. Setiap kali gaji, tak pernah kami terlupa berikan wang belanja pada mak dan ayah. Segala keinginan mereka, kami turuti mengikut kemampuan. Kami adik beradik saksi kejadian betapa setia kasih sayang mak dan ayah kepada ibu mereka. Kami sendiri berjanji pada diri kami yang kami akan melayani mak seperti mana mak dan ayah melayani opah. First class punya! InshaAllah.

Pesan mak pada aku sewaktu opah masih hidup,

“Mak tak nak cakap pada opah yang mak susah dan mak yakin mak tak akan jatuh susah kalau balas jasa opah dengan duit bulanan tiap-tiap bulan itu. Mak juga mampu menjaga opah seperti mana opah dulu susah-susah pun mampu menjaga mak,”

Itulah pengorbanan ibu. – Mimi | The Reporter

KLIK >>>> VIDEO
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARIcite_heboh_3.png
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2cS7ELy via IFTTT
Share: