loading...

Cerita SEBENAR Bapa Anak Perempuan Maut Dilanggar GoKart Di Kuantan Yang Tidak Diketahui Ramai

FB_IMG_1474852523962.jpg

Dua beranak maut selepas dirempuh sebuah kenderaan jenis Go kart semasa menonton Perlumbaan Automatif Inovasi Pendidikan (EIMRACE) 2016 yang berlangsung di Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) Indera Mahkota hari ini

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi selepas tiga kenderaan terbabit bergesel sesama sendiri dan salah sebuah kenderaan terbabas ke kanan jalan dan melanggar keluarga terbabit.

Mangsa Izwan Isa, 38, yang bekerja sebagai penyelia di sebuah kilang di Gebeng di sini dan anaknya Nur Zulaikha, 5, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Manakala anak lelakinya Muhammad Iz Danial, 7, mengalami kecederaan parah dan sudah stabil dan isterinya, Siti Suhaiza Seman, 38, yang bertugas sebagai guru agama di Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota (SKIM) hanya mengalami kecederaan ringan dan dibenarkan pulang.

FB_IMG_1474852529692.jpg

1.jpg

3.jpg

4.jpg

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Mohamad Noor Yusof memberitahu, siasatan awal mendapati kejadian membabitkan tiga buah kenderaan dan salah sebuah kenderaan telah bergesel sesama sendiri di litar tersebut.

Menurutnya, salah sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang pemandu berusia 25 tahun telah melanggar keluarga tersebut.

“Siasatan yang dijalankan di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku di dalam litar lumba dan sebanyak 38 kart mengambil bahagian dalam perlumbaan itu.

“Terdapat barrier (penghalang) dan tali amaran yang diletakkan di sepanjang jalan sebelah kanan jalan sebagai penghadang yang memisahkan antara, penonton dan litar lumba dan semasa kejadian cuaca baik,” katanya.

Manakala ketiga-ketiga pemandu yang berusia 25,23 dan 19 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, contoh darah dan air kencing ketiga-tiga pemandu yang terlibat kemalangan ini akan diambil untuk ujian toksikologi Jabatan Kimia dan siasatan akan diteruskan di bawah Seksyen 304 (A) Kanun Keseksaan.

(15 Gambar & Video) Bapa, Anak Perempuan Maut Dilanggar Go-Kart Di Kuantan(15 Gambar & Video) Bapa, Anak Perempuan Maut Dilanggar Go-Kart Di Kuantan

Sumber: kekitamedianetwork

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2duS6ht via IFTTT
Share: