loading...

Guna Saya dan Awak Terhadap Customer Adalah Biadab Katanya

2diIaYX

Kata ganti nama diri pertama seperti ‘saya’ dan ‘awak’ bila digunakan ketika berbicara dengan rakan ataupun pelanggan sudah cukup mengambarkan bahawa bertapa sopannya seseorang itu bila berbicara. Namun, seorang guru wanita lain pula nasibnya apabila dia dikatakan biadab menggunakan kata ganti nama diri pertama seperti itu.

“Selama 27 tahun saya hidup, baru saya tahu kalau guna perkataan ‘saya’ dan ‘awak’ adalah tak beradab. Selama ini orang cakap ‘saya’ dan ‘awak’ itu sopan.

“Baru saya tahu, kalau nak beradab kena guna bahasa inggeris rojak seperti ‘sis’, ‘dear’, ‘yunk’. Nasib bukan ‘Junk’. Maafkan saya kerana selama ini saya menggunakan ‘saya’ dan ‘awak’ tak beradab rupanya,” kata Cikgu Suhaili Nurraysa yang merupakan cikgu bagi subjek matematik.

Berdasarkan dua gambar perbualan WhatsApp Suhaila dengan individu terbabit, Suhaila memberikan kata-kata yang baik kepada individu terbabit. Namun, responnya amat mengecewakan.

2diJtqR
Kata Ganti Nama Diri

Bagi individu tersebut, dalam adat bisnes online, adalah salah menggunakan ‘saya’ dan ‘awak’ bila berbicara dengan pelanggan.

“Kita kena belajar panggil customer @ dropship itu dengan panggilan sis, dear atau yunk. Kecuali customer sendiri yang suruh panggil akak atau nama sahaja,” kata individu berkenaan.

Bagaimanapun, Suhaila menjelaskan bahawa perkataan-perkataan tersebut tiada dalam kamus Melayu. Malah gurunya di sekolah tidak pernah mengajarnya bahawa ‘saya’ dan ‘awak’ adalah perkataan yang tidak beradab.

Enggan beralah, individu itu menegaskan tiga perkataan itu adalah bahasa orang berniaga. Ekoran itu, individu terbabit enggan menjadikan Suhaila sebagai mentornya dalam bisnes tersebut.

2cUT04O

2diIEOP

Sementara itu netizen menganggap individu itu meroyan dan terlalu ‘hipster’ nak mampus. – The Reporter

SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARIcite_heboh_3.png
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2cOrxQj via IFTTT
Share: