Dua hari lalu Rita Rudaini memuat naik gambar di laman Instagram yang memaparkan karangan ditulis anaknya, Airit Rayyan Rizqin yang berusia tujuh tahun.
Karangan dalam Bahasa Inggeris itu membuatkan hati ibu tunggal yang juga tuan punya premis perniagaan, Rumah Kueh itu menjadi sayu.
Rayyan menulis mengenai ibunya yang suka warna putih, memasak untuk dirinya dan adik, Airit Qaqa Arjuna, 5, setiap hari dan menjaga mereka dengan baik. Malah, gambar yang dimuat naik turut membuatkan ramai peminat terharu.
“Baru sampai rumah, penat, letih, stress dan sedih. Tapi semuanya terubat apabila membaca karangan ini (merujuk kepada gambar yang dimuat naik,” tulis Rita
Rita turut mempersoalkan kenapa Rayyan melukis gambar mereka bertiga sedangkan karangan yang perlu dibuat ialah mengenai ibu. Rayyan kemudian menjawab gambar bertiga barulah lengkap.
“Gembira sangat tapi hati mummy (Rita) sangat sayu… Hati anak mummy sangat baik,” tulis Rita lagi memuji anaknya itu. -Bharian
Sumber: kisahbenarviral
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2cLCkfK via IFTTT