loading...

Lelaki Lapor Polis Selepas Trauma Terjumpa Dengan 'Pocong'


JELI, KELANTAN - Terkejut melihat pocong yang ditemui bangkit melarikan diri, seorang lelaki nekad membuat laporan polis kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menakut-nakutkan penduduk di kawasan itu. 

Dalam kejadian yang berlaku pada 5 September, jam 3.20 pagi, Mohd Yusrie Yahya, 35, dalam perjalanannya menuju ke destinasi menggunakan Jalan Kampung, Bukit Balah, Jeli, terserempak dengan satu objek putih yang disyaki dibalut dengan kain kapan.

"Saya berasa terkejut dan lalu turun dari kereta untuk memeriksa objek itu. Lalu saya melaung kuat meminta tolong. Tiba-tiba dua orang lelaki terus keluar dan objek yang disyaki Pocong itu terus bangun, melompat sebelum hilang dari pandangan," katanya. 

Kejadian itu sempat dirakam oleh mangsa untuk dijadikan sebagai bukti. 

Trauma dan ketakutan disebabkan insiden itu, mangsa membuat laporan polis pada 5 September lalu kerana mengesyaki ada pihak yang cuba melakukan 'prank' terhadap penduduk di kawasan itu. - The Reporter 


Sumber : Cite Heboh

Sumber : Jamgetah from Kisah DUNIA... http://ift.tt/2c4c6s3 via IFTTT
Share: