loading...

Lima tips kewangan penting untuk generasi 90an

1-5-Tips-Kewangan-Penting-Untuk-Generasi

Sedarkah anda bahawa saban tahun, perbelanjaan semakin meningkat dan sebenarnya anda sangat memerlukan perancangan perbelanjaan yang betul bagi mengelakkan anda terduduk di penghujung hari.

Jika anda tidak mahu menyesal di kemudian hari, berusahalah untuk mencari alternatif agar anda dapat merancang masa depan yang lebih cemerlang. Oleh itu, kami kongsikan dengan anda beberapa tips untuk sama-sama kita amalkan.

1. Rekodkan Perbelanjaan Keluar Masuk Wang Anda

Pressure of work

Mungkin pada mulanya anda rasa tidak penting untuk rekod perbelanjaan keluar masuk duit anda, namun dengan melakukan perkara inilah kita dapat mengetahui kita sudah terlebih belanja atau tidak. Jika tidak dikawal, maka akan musnahlah harapan masa depan.

2. Simpan Wang Kecemasan

Woman with coins in jar

Woman with coins in jar

Wang kecemasan sebenarnya sangat membantu di kala saat sangat memerlukan. Paling senang, simpan 20% daripada hasil gaji bulanan anda. Jika wang simpanan pun tidak mampu simpan, anda memang seorang yang cepat tewas.

3. Rancang Keluar Dari Hutang

4-5-tips-kewangan-penting-untuk-generasi-90an-rotikaya

Jika anda berhutang, pastinya wang tidak akan cukup sampai bila-bila. Cara mudah untuk langsaikan hutang adalah dengan menyelesaikan hutang yang mempunyai kadar faedah yang tinggi yang pasti melegakan anda buat masa panjang.

4. Ikuti Cara Ini Untuk Berbelanja Ikut Kemampuan

Okay, ini cara cukup mudah untuk membuat pecahan perbelanjaan. Andaikan gaji anda ialah RM5,000. Kemudian tolak dengan komitmen bulanan contohnya RM2,000 maka tinggal lagi RM3,000.

RM3,000/30 hari = RM100 (RM100 adalah had belanja anda untuk sehari selama sebulan)

Maka anda perlu berbelanja mengikut kadar kemampuan anda sendiri agar tidak melebih bajet harian. Mahu senang lagi, longgokkan sekaligus perbelanjaan mingguan dalam satu angpau. Jika ada baki, bolehlah bawa ke minggu kedua dan seterusnya.

5. Dapatkan AXA 200 Hanya Serendah RM1.50 Sehari

Sedar dan peka dengan kemampuan ekonomi ketika ini, anda sebenarnya mampu untuk memiliki pelan perlindungan diri oleh AXA iaitu AXA 200 CancerCare.

Anda mungkin nampak sihat dan menjalani kehidupan seperti biasa namun apabila anda tersedar anda menghidapi kanser peringkat kritikal, pastinya ia sudah terlambat. Menurut laporan daripada National Cancer Society Malaysia, 1 daripada 4 orang rakyat Malaysia berpotensi menghidap kanser di dalam hidup mereka. Sebab itulah pemeriksaan kesihatan adalah sangat penting dan AXA menyediakannya secara percuma.

Peka dengan kadar bayaran perubatan yang turut meningkat setiap tahun, AXA 200 CancerCare turut melindungi rawatan pelbagai peringkat kanser selain meliputi sehingga 200% jumlah yang telah diinsuranskan selama 20 tahun!

Bagi anda yang tidak mahu bertangguh lagi dan ingin mendapatkan pakej ini dengan segera, layari 110cancercare.com, isi dan lengkapkan maklumat anda dan dapatkan pemeriksaan kesihatan yang merangkumi ujian darah, ujian air kencing, pengesan tumor dan juga imbasan X Ray bernilai RM299 secara percuma!

img_2016-09-15-214123

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2d55ny9 via IFTTT
Share: