loading...

Raysha rizrose mula berlagak diva

7-Raysha-Rizrose-Mula-Berlagak-Diva-ROTI

Nampaknya, ruangan Cik Pang di Harian Metro betul betul geram dengan sikap pelakon baru Raysha Rizrose kerana didakwa mula menunjukkan sikap diva tidak bertempat. Kata Cik Pang, sudah beberapa kali dia menerima khabar sedemikian.

BACA: Raysha Rizrose Tak Terkilan Dibayangi Populariti Kakak

Kata teman Cik Pang, gadis itu difahamkan akan memberi macam-macam syarat jika mahu dipanggil bagi sesi fotografi bersama media. Antaranya, mahu jurusolek dan pakaian yang dipilih oleh dia sendiri. Kalau jurusolek atau pakaian tidak popular, dia enggan beri kerjasama

Bak kata orang, nak itulah! Nak inilah! Padahal kalau berurusan dengan adik-beradiknya yang lain seperti Nelydia dan Uqasha, tidaklah sampai bersyarat bagai bulan dan bintang, tulis Cik Pang. Bagaimapun, pelakon ini belum lagi mengeluarkan sebarang berhubung perkara di atas.

Sementara itu, di Utusan Online pula, Raysha memberitahu bahawa dia adalah seorang yang mudah menerima teguran.

Viral-Rotikaya-300x250-px.jpg

Malah menurutnya, dia juga pernah ditegur sendiri oleh pelakon dan pengarah Sabri Yunus, Saiful Apek, Razak Mohaideen, selain turut dinasihati oleh Fasha Sandha mengenai soal disiplin.

Apa pun, jika benar seperti yang didakwa, pesanan Cik Pang di akhir luahan perasaannya yang menyatakan bahawa Raysha boleh belajar daripada pengalaman adik-beradik lain yang sudah dulu makan garam dalam industri seni, tidak patut dipandang ringan. (rtky/s)




Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2d0RMUc via IFTTT
Share: