Agak lama menyepi tanpa sebarang khabar, Anuar Zain akhirnya melancarkan produk terbaharu menerusi album edisi kelimanya. Akui album terbabit menelan belanja yang besar, namun Bagi beliau wang ringgit bukanlah keutamaan yang dikejar tetapi demi peminat yang sudah lama menantikan album ini selepas lima tahun tidak menghasilkan sebarang karya.
BACA: Anuar Zain Akui Tidak Layan Instagram, Twitter
Ya, kos yang dikeluarkan memang sangat mahal. Pun begitu, saya berpuas hati dengan hasil yang diperoleh. Jujurnya, pembikinan sesebuah album pada masa sekarang tidak mendatangkan keuntungan kepada seseorang penyanyi. Ia sebuah mungkin merugikan. Bagaimanapun, keputusan saya untuk mengeluarkan album ini adalah demi peminat, bukan kerana wang ringgit
Setiap satu daripadanya perlu menjalani proses atau prosedur yang terperinci agar penantian lima tahun oleh para peminat Anuar Zain berbaloi. Bagi saya, kehendak peminat perlu diberi keutamaan. Inilah tanggungjawab sosial saya sebagai penyanyi yang bertahan sehingga kini dek peminat yang tidak pernah putus memberi sokongan, katanya kepada Utusan Online.
Mengambil masa selama lima tahun selepas album terdahulu, Anuar menjelaskan bahawa sikapnya yang teliti dalam menghasilkan sesuatu merupakan sebab untuk album ini mengambil masa yang lama untuk dihasilkan. Malah katanya, setiap satu daripada lagu tersebut menjalani proses yang terperinci agar penantian peminat selama lima tahun berbaloi.
Album terbaru Anuar yang berjudul Anuar Zain Volume 5 ini memuatkan lapan buah lagu baru didalamnya. Ramai penulis lagu terkenal turut terlibat dalam menghasilkan album ini. Tidak ketinggalan juga, Anuar sendiri ada menampilkan bakatnya dengan menulis lagu selain menyanyikan semula lagu Hujan yang sebelum ini dinyanyikan oleh arwah Sudirman. (rkty/w)
SUMBER
Utusan Online
Sumber: Rotikaya
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2cYSdD2 via IFTTT