loading...

Sayu Detik pilu suami isteri iringi jenazah ibu turut dijemput ajal kemalangan

Mohamad%2BRizal%2BPuteh%2B2.jpg

MARAN : Sepasang suami isteri yang mengekori van membawa jenazah maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebatang pokok kelapa sawit di Kilometer 39, Jalan Temerloh-Jengka, di sini malam tadi.


Dalam kejadian kira-kira pukul 12.35 tengah malam itu, Mohamad Rizal Puteh, 37, dan Siti Munawarah Mohd. Zakri, 27, dalam perjalanan dari Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh ke Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut bagi mengiringi van yang membawa jenazah ibu Mohamad Rizal.


Difahamkan, ibu lelaki tersebut meninggal dunia di hospital berkenaan akibat sakit tua.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Mat Rizal Mat Radzi berkata, semasa kejadian, kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari arah Temerloh ke arah Jengka.


Apabila tiba di tempat kejadian, kereta dinaiki pasangan suami isteri itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh sebatang pokok kelapa sawit.


Rempuhan berkenaan mengakibatkan kedua-dua mangsa tersepit di dalam kereta dan meninggal dunia di tempat kejadian, katanya di sini hari ini.

Mohamad%2BRizal%2BPuteh%2B1.jpg

Mohamad%2BRizal%2BPuteh%2B3.jpg

Mohamad%2BRizal%2BPuteh%2B4.jpg

Mohamad%2BRizal%2BPuteh%2B5.jpg

Mohamad%2BRizal%2BPuteh%2B6.jpg

Mohamad%2BRizal%2BPuteh%2B7.jpg

Mohamad%2BRizal%2BPuteh.jpg



Menurut Mat Rizal, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat sebelum dibawa ke di Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut untuk urusan pengebumian.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih giat dilakukan.


Siasatan awal mendapati lokasi kejadian merupakan jalan lurus selepas selekoh tajam dan semasa kejadian, permukaan jalan adalah basah, katanya.


Sementara itu, seorang saudara mangsa, Azhar Abdul Aziz, 32, berkata, semasa kejadian dia memandu kereta berasingan di belakang van jenazah tersebut sebelum dipotong kereta dinaiki Mohamad Rizal dan Siti Munawarah berhampiran Jengka 17.


Saya hanya mengetahui tentang kemalangan maut itu setelah menerima panggilan daripada kakitangan hospital semasa tiba di rumah, katanya. UTUSAN

Sumber: ceritagempakkomuniti

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2cZGmnE via IFTTT
Share: