loading...

Sayu Maafkan abah sayang Jeritan Rizal minta tolong terngiangngiang di telinga

Muhammad%2BRizal%2BZakwan%2BMohd%2BRadzi
POKOK SENA : Jeritan Rizal memanggil saya agar menolongnya masih terngiang-ngiang di telinga.


Itu luahan sedih Mohd. Razi Md. Akib, 54, yang tidak sempat menyelamatkan anak bongsunya, Muhammad Rizal Zakwan, 4, selepas kereta Proton Wira yang dipandunya terbabas dan terjatuh ke dalam Sungai Santap, Kampung Telaga Mas, di sini hari ini.


Dua lagi anaknya yang turut berada di dalam kereta itu, Nurul Rasyidah, 15, dan Nurul Rasyiqah, 11, terselamat selepas berjaya keluar melalui cermin belakang yang pecah semasa terjunam ke sungai sedalam 4.5 meter dalam kejadian kira-kira 1.30 petang itu.

Muhammad%2BRizal%2BZakwan%2BMohd%2BRadzi

Muhammad%2BRizal%2BZakwan%2BMohd%2BRadzi

Muhammad%2BRizal%2BZakwan%2BMohd%2BRadzi

Muhammad%2BRizal%2BZakwan%2BMohd%2BRadzi

Rizal%2BZakwan%2B1%2B-%2BCopy.jpg

Mohd. Razi berkata, dia terkilan kerana gagal menyelamatkan Muhammad Rizal Zakwan yang duduk pada bahagian belakang selepas menolak kedua-dua anak perempuannya keluar daripada kenderaan.


Kereta saya terbabas dan terjunam dalam sungai ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli barangan dapur di pekan.


Cemas dengan air yang mulai masuk ke dalam kereta selepas cermin belakang pecah, saya cepat-cepat menolak Nurul Rasyidah dan Nurul Rasyiqah keluar namun ketika mahu menarik Muhammad Rizal Zakwan, dia sudah tiada di tempatnya.


Disebabkan kereta mulai tenggelam, saya cepat-cepat menyelamatkan diri dan berenang ke tebing sungai bersama dua anak perempuan saya, kata peniaga nasi ayam itu ketika ditemui di sini hari ini.


Sementara Nurul Rasyiqah berkata, adiknya yang duduk di tempat duduk belakang bersamanya sebelum kejadian sedang leka bermain permainan di telefon bimbit dan sempat memintanya air untuk diminum.


Pegawai Perhubungan Awam JBPM negeri, Penguasa Bomba Nur Hafizah Mohammad Lukman berkata, mayat Muhammad Rizal ditemui kira-kira pukul 3.58 petang ini di dasar sungai oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) JBPM negeri.

Jarak mayat dengan lokasi kereta terjatuh ialah kira-kira tiga meter dan mayat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat, katanya.-UTUSAN

Sumber: ceritagempakkomuniti

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2cLjGlU via IFTTT
Share: