Assalamualaikum sahabat. Tujuan saya menulis di sini bukan mengaibkan atau meminta simpati. Apatah lagi meraih populariti. Sekadar peringatan dan langkah berjaga-jaga supaya tidak terjadi lagi perkara seperti ini.
Pada tarikh 6 Ogos 2016, pada pukul 5 ptg saya telah terlihat satu iklan bilik sewa di website ibilik.my yg menyatakan ada bilik kecil utk disewa di vista angkasa apartment berdekatan dgn universiti malaya tempat sy belajar sekarang. Oleh kerana saya terdesak mencari rumah sewa yg sesuai dgn taraf saya sebagai seorang pelajar. Lantas tanpa berfikir panjang, saya telah menghubungi owner tersebut yg bernama puan farah. Kononnya pada ketika itu puan farah sedang solat asar dan dia akan hubungi saya kemudian.
Setelah beberapa minit, phone saya dihubungi semula oleh beliau dan beliau menyatakan bahawa sudah ada yg interested nak sewa. Dek kerana taknak melepaskan peluang, saya pun segera membuat keputusan utk membayar deposit sebanyak rm1200 setelah berdiskusi dengan beliau di whatsapp. Namun setelah beberapa ketika, saya mula rasa tidak sedap hati. Tetapi kerana digelapkan mata dan hati, taknak lepaskan peluang keemasan, saya pedulikan perasaan syak wasangka ketika itu.
Seusai solat Asar, saya terus gerak keluar utk mengeluarkan wang di Bank Islam sebanyak RM800, dan RM400 dari Bank Rakyat utk digunakan sebagai bayaran deposit seperti yang dijanjikan. Lalu sy pun membuat bayaran dan memberikan slip seperti biasa.
Selepas solat Isyak, saya meminta gambar bilik dan rumah utk ditunjukkan kepada keluarga. Semasa sedang menunggu, tiba-tiba pandangan saya teralih kepada profile picture beliau di whatsapp. Kerana sebelum ini, gambarnya kosong. Tapi kali ni, gambar yg dipaparkan sangat mengejutkan. Gambar seorang wanita memaparkan sesuatu yg aib termasuk status yg aib. Allahuakbar mengucap panjang sy, dan bermula lah pertanyaan sy dan mengharap semua ini khayalan. Dan ternyata semua ini nyata, setelah sy bertanya beliau mula mendiamkan diri. Whatsapp tak delivered, call tak berangkat.
Atas nasihat keluarga, sy menelefon pihak bsn memaklumkan perkara tersebut. Tapi hampa, mereka sekadar berkata tiada apa yg mereka boleh buat. Lalu report polis telah dilakukan di pejabat polis cawangan Pantai sekadar makluman utk mereka dan still menunggu tindakan dari pihak polis. Laporan juga sudah dihantar di pejabat polis Petaling Jaya.
Sementara menunggu, family hantarkan beberapa maklumat yg mereka dapat. Rupanya puan farah tersebut sudah lama melakukan perkara terkutuk sebegini dan saya mangsa beliau seterusnya. Saya halalkan segala yg diambil, skrg cuma tinggal urusan beliau dgn Allah di sana. Beliau juga tidak malu menggunakan agama utk menipu, kononnya sedang solat. Nauzubillah
Saya tidak sure ini betul atau tidak, kebetulan saya check di wechat, terjumpa gambar beliau. Namun tidak dapat dipastikan kesahihan gambar tersebut. Wallahualam. Seandainya saya tersilap, mohon diberitahu segera.
Saya cuma terkilan, sanggup beliau menipu student yg mcm saya ni. Yg tiada pendapatan, yg masih baru di dunia kota KL. Duit yg dikeluarkan RM800 tersebut sepatutnya di simpan secara bulanan dengan niat sebagai bekalan duit belanja andai kata mak ayah saya berangkat menunaikan Haji di Tanah Suci Mekah. Dan selebihnya RM400 tersebut di simpan secara bulanan sebagai wang masa depan. Allahuakbar, hilang sekelip mata. Duit penat lelah sy bekerja sebagai Research Assistant (RA) di UM sejak bulan Mac lepas. Walaupun tak seberapa, tetapi tetap hasil usaha penat lelah kerja siang malam. Hanya saya yg tahu rasanya. Skrg cuma mampu redha dgn ujian Allah.
Ini maklumat yg sy terima dari mangsa sebelum ini:
Nama Penuh: Farhah Binti Taharin
I/C No: 890813-06-5328
No. Akaun BSN: 1410641000051973
Alamat Terakhir: PPR4-12-4 Desa Tun Razak, Bandar Tun Razak, Cheras 56000 Kl.
Dan ini maklumat pegawai yg in-charge dlm kes sebelum ini:
0166699788 Inspektor Yugesh
Kes ni dah berlanjutan sejak tahun lepas namun sayang, sampai sekarang tiada jejak dan beliau masih menjalankan operasi beliau. Insya-Allah mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan. Mohon doa dari semua.
Saya mohon kepada semua utk share dan viralkan, bukan utk popular tetapi sekadar peringatan kepada semua sbb page dan iklan di ibilik.my masih aktif walaupun saya dah buat report kepada sistem.
Sesiapa yg mempunyai sebarang maklumat, sila hubungi saya di fb Efan Syairazi
Terima kasih.
Sumber: penhijaudaun
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2ccVfSN via IFTTT