loading...

Sikap Allahyarham Datuk Dr Haron Din Yang Tidak Diketahui Ramai Diceritakan Oleh Timbalan Presiden Pas

Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din paling takut melanggar wahyu ALLAH SWT dalam setiap langkahnya.

image%2B%25281%2529.jpg

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Allahyarham tidak pernah mempedulikan kata-kata orang termasuk fitnah yang dilempar ke atas dirinya.


Beliau pergi pada saat pelbagai fitnah dilempar kepada beliau. Beliau yang terkenal dengan seorang yang tabah tidak mempedulikan apa orang kata, yang beliau takut ialah melanggar apa yang ALLAH kata (wahyu), katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Allahyarham meninggal dunia kira-kira jam 10.05 pagi tadi pada usia 76 tahun di Hospital Stanford University Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung yang kritikal.

Mengakui kesedihan itu memang tidak dapat disembunyikan namun Tuan Ibrahim mengingatkan kesedihan itu tidak boleh dibiar lama sehingga melemahkan semangat perjuangan.

Kesedihan tidak dapat disembunyikan. Air mata tumpah di hadapan Kaabah tidak dapat memadam kesedihan perginya seorang guru, sahabat dan pemimpin yang amat dikasihi.

Perjuangan perlu diteruskan. Amanah semakin berat. Terasa mutakhir ini parti kehilangan satu demi satu, tokoh yang banyak berjasa dan menjadi rujukan.

Perjuangan mesti diteruskan. Kesedihan tidak boleh dibiar lama sehingga melemahkan semangat juang pada saat parti berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi, katanya yang kini mengerjakan haji.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menyeru semua ahli parti agar menjadikan kehilangan tersebut sebagai pembina semangat bagi mereka mengikuti jejak istiqamah Allahyarham itu sehingga ke akhir hayat.

Kepada seluruh pimpinan dan ahli parti. Perkasakan ukuwah jemaah. Mantapkan gerak kerja parti. Susun semua kekuatan yang ada. Dengar dan patuh arahan presiden dan pimpinan parti pada waktu susah dan senang selagi ia tidak bercanggah dengan syarak.

Ingatlah perjuangan bukan hanya untuk dunia yang sementara. Ia bukan hanya sekadar Putrajaya. Ia jauh sehingga kita bertemu dengan Pencipta dalam keadaan ALLAH reda kepada kita dan tentunya kita reda kepada ALLAH. Tuan Guru Haron Din dan pimpinan sebelumnya telah membuktikannya. Akan sampai nanti giliran kita pula, katanya.

Allahyarham akan disemadikan di bumi Carlifornia esok bersesuaian dengan amanatnya sebelum ini yang mahu disemadikan di tempat beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Sumber: informasidbt

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2ckr7mE via IFTTT
Share: