KUALA LUMPUR - Gambar seorang lelaki muda cuba menenangkan seorang bayi lelaki dalam pesawat penerbangan dari Minneapolis ke Atlanta, di kala ibu bayi itu yang hamil itu tertekan dengan tangisan bayinya, dipuji oleh netizen di media sosial.
Gambar yang mula tersebar sejak awal minggu ini menunjukkan lelaki berkenaan berjalan di ruang kabin sambil mendukung bayi itu.
Menurut individu yang merakam gambar tersebut, Angela Byrd, lelaki itu bersimpati dengan keadaan penumpang wanita yang hamil itu tertekan dengan kerenah bayinya, lalu menawarkan bantuan untuk cuba menenangkan bayinya bagi memberi ruang si ibu berehat seketika.
"Dalam perjalanan balik ke Georgia. Lelaki ini, yang langsung tidak mengenali wanita itu, menawar untuk membantunya kerana wanita itu hamil dan bersendirian dalam penerbangan dan bayi lelakinya pula meragam.
"Dia beritahu wanita itu yang dia pernah menjadi bapa dan ingin membantu agar wanita itu dapat berehat.
"Dia berjalan di dalam kabin ini hampir sepanjang penerbangan dari Minneapolis ke Atlanta untuk menenangkan anak wanita itu seperti anaknya sendiri," kata Angela.
Tambahnya Angela lagi, dia terharu dan menangis, masih ada insan yang baik di luar sana, di dalam dunia yang penuh huru hara.
Netizen tidak putus-putus memuji tindakan lelaki itu dan ramai yang mengatakan lelaki itu telah memberikan satu contoh yang baik kepada masyarakat. - The Reporter
Sumber : Citeheboh from Kisah DUNIA... http://ift.tt/2c5ol4Z via IFTTT