loading...

Travel Log to Krabi..Gadis Comel ini berkongsi bajet semasa di Krabi..Sangat Memeranjatkan..Jimat Sangat!!



SAWADEEKAP KAP KAP KAP KAPPPP....
Setelah 2 hari kat Malaysia ni, baru harini dapat nak acah tulis travelog (budget) ke KRABI, THAILAND. Tiket memang dah book dah sebulan sebelumnya. So date yang aku pilih ialah 3 SEPT - 6 SEPT 2016 (4H 3M). Aku pergi 6 orang so harap boleh cut cost. Beli tiket time tu MURAH katanya, tapi nak pergi jugak, belilah. hahaha





Dengan berbekalkan DUIT RM580 SAHAJA aku survive kat KRABI.
100BHT = RM11.75 (rate paling murah)
4500BHT = RM530.00 (senang kira)
TIKET FLIGHT KLIA to Krabi (pergi balik) = (RM200) *boleh dapat murah
Aku bajet hotel dalam RM200.00 tak termasuk bajet kat KRABI
Booking kat TRIVAGO( KONON nak royal) .
So decide MALAM KETIGA, cari hotel murah sikit.
HOTEL MARINA FISHERMAN
1159BHT/2 = 579.5BHT (1&2night)
RM135/2 = RM67.50
HOTEL AO NANG ECO INN (3 night)
600BHT/2 = 300BHT
RM69.90/2 = RM34.95
879.5BHT = RM102.47 (TAK TERMASUK BAJET UTK SURVIVE) *ada balance lagi*
—---------------------------------------------------------------------------------------------------------
DAY 1
Airport transfer (VAN) 1700BHT/6 = 283BHT (TWO WAY) *boleh dpt lagi murah*
Lunch = 301.5BHT
Emerald pool + Hot spring + Krabi night market = 750BHT
Dessert di Krabi Night Market = 160 BHT
Massage = 250BHT (selagi boleh nego)
Sourvenir = 400BHT
2144.5BHT = RM249.85


DAY 2
Island Hoping (7 island) = 680BHT (cari paling murah selagi boleh)
National Park = BHT 400 (wajib bayar *rule baru katanya)
Dinner = 120BHT
Sewa scooter = 200BHT/2 = 100BHT
Massage (FULL BODY) 250BHT (Tawar selagi boleh)



1550BHT = RM174.76
DAY 3
Rain Coat = 29BHT
Snack = 20BHT
Lunch = 80BHT
Pancake = 40BHT
Dinner = 69BHT
Dessert(PASAR TANI) =140BHT
Foot massage = 200BHT (try tawar lagi)
578BHT = RM67.34




DAY 4
Breakfast(NASI KHOMOK) = 60BHT
Snack = 50BHT
110BHT = RM12.82
prepare naik van gerak ke AIRPORT KRABI (DAH KIRA HARI SAMPAI)
TOTAL : 4382.5BHT = RM510.60 (PERBELANJAAN DI KRABI) *ada balance 117.5BHT
OVERALL COST = (RM510.60 + (hotel) RM102.47 + (flight) RM200 = RM813.07
NOTE :
*Kalau korang nak cari hotel, tak nak book dalam online pun takpe sebab bersepah hotel murah yang harga RM60 tapi bilik ala ala hotel 4 bintang.
*kalau nak cari hotel, cari kat AO NAN. Tak yah stay kat bandar Krabi sebab Krabi jauh dari pantai. Hotel Ao Nang ECO INN 5 minutes walk distance and highly recommended.
*In case kalau tak cukup duit, boleh je tukar duit kat sana. Pandai2 la survey. (RATE lain sikit)
*Massage tu WAJIB tau! haha. Aku pergi massage selama 3 malam sebab harga murah kurang dari RM30 yg tak ada kat malaysia. hehehe
*Bila korang sewa motor tu, boleh pergi jalan ke kampung orang, maybe nasib aku baik hari ketiga terjumpa PASAR TANI, kat situ korang akan jumpa macam macam makanan pelik dengan harga murah gila babi. hahaha. Pasal makan aku sanggup bayar je.
*Untuk sourvenir, mana yg nak beli kat KRABI NIGHT MARKET, takde masalah. Tapi aku jumpa kat KILANG BAJU (sort of) maybe tak ramai tahu, sebab kami redah je. haha. TSHIRT I LOVE KRABI tu boleh dapat sehelai RM7 ikot size
*7ELEVEN paling aku suka. Sebab barang barang yang dia jual murah and takde kat malaysia.
*Cuma kalau nak pergi seeloknya tak yah pergi time bulan AUGUST-SEPT sb cuaca tak elok & laut gelora. (snorkeling tak nampak sgt)
Pada korang yg belom pernah sampai lagi, what u waiting for. Pergi booking tiket sementara AirAsia tengah buat promo untuk next year. hehehe.

Credit FB  : https://www.facebook.com/erni.eliani.1?fref=ts
Share: