Nama Datuk Siti Nurhaliza bukanlah sesuatu yang asing lagi didalam
bidang seni, dalam ramai yang memuji ada juga yang tidak senang
dengannya. Terbaru Siti telah mencetuskan perdebatan dikalangan
peminatnya apabila beliau menggunakan aplikasi nyanyian, Smule yang
dianggap menjatuhkan kredibilitinya sebagai penyanyi terkenal.
“Ramai yang bertanya, mengapa saya mencuba aplikasi Smule? Saya tahu aplikasi itu menjadi tempat untuk mereka yang menggemari nyanyian merakamkan video seolah-olah sedang berduet dengan penyanyi yang diminati. Salahkah saya jika mempunyai minat sama seperti orang lain.
Saya juga sama seperti mereka, cuma mungkin yang membezakan kami apabila
kerjaya saya sebagai penyanyi menjadikan saya dikenali ramai. Namun,
saya juga mempunyai minat dan keinginan untuk mencuba aplikasi terbaru,
apatah lagi jika ianya membabitkan kerjaya nyayian.
“Secara tak langsung, aplikasi ini buat saya dekat kepada peminat. Mereka yang tak berkesempatan bertemu saya secara peribadi, dapat melunaskan impian mereka menerusi Smule. Saya melihatnya dari sudut positif,” katanya.