Seorang Wanita mengalami kesakitan yang luar biasa di bahagian perutnya
dan setelah melakukan pemeriksaan di hospital mendapati doktor telah
menemui sesuatu yang mengejutkan!
Menerusi Daily.Mail wanita yang berusia 26 tahun itu pergi ke hospital
kerana mengeluh sakit perut yang sangat luar biasa dan disebabkan itu
dia demam serta hilang selera makan.
Hasil dari X-tray mendapati, bahagian usus perutnya membengkak seperti
berisi cecair yang hampir meletup. Dek kerana itu, doktor terpaksa
melakukan pembedahan mengejut kerana bimbang wanita itu akan dijangkiti
penyakit radang usus.
Para doktor melakukan pembedahan dengan membuang usus yang sudah membengkak itu sebelum pecah.
Hasil mendapati, terdapat kondom yang berada dalam usus wanita itu sekaligus mengejutkan doktor kerana ia pertama kali berlaku.
Menurut doktor, ketika pembedahan dilakukan tanpa disengajakan telah
memotong usus dan menemui satu objek yang tidak lengkap dibuat dari
getah dan bentuknya seakan kondom.
Mangsa kemudian mengakui sudah menduga kesakitan yang dialami dan
setelah beransur pulih, dia itu mengakui tidak sengaja tertelan kondom
ketika melakukan hubungan intim bersama suaminya. Tambahnya lagi, kondom
tersebut longgar menyebabkan dia tidak sengaja tertelan kondom itu.
Setelah 5 hari tertelan kondom itu, dia mengalami kesakitan biasa di
bahagian perut dan selera makannya mulai hilang namun hari demi hari
kesakitan itu mulai dirasai semakin teruk!
Menurut doktor yang melakukan pembedahan, kondom tersebut terkoyak dan
sebahagian darinya telah masuk ke dalam usus saluran pemakanan manakala
selebihnya masuk ke dalam usus hingga menyebabkan usus membengkak.
Beliau sebelum ini pernah merawat pesakit yang mana dalam ususnya
mengandungi tali pancing, logam, batu, jarum, serpihan tulang dan
lain-lain lagi.
Tambah doktor lagi objek ini boleh berada dalam usus seseorang itu tanpa
disedari simpton-simpton kesakitan namun jika terlalu lama boleh
mengundang bahaya dan kebiasaanya yang mengalami situasi ini
kebanyakannya adalah kanak-kanak.