Home »
» GEMPAK!! 8 FOTO 2 LAGI Trak Mack TERBARU untuk KMJ 2016 MILIK SULTAN JOHOR.
GEMPAK!! 8 FOTO 2 LAGI Trak Mack TERBARU untuk KMJ 2016 MILIK SULTAN JOHOR.
DUA trak yang diperkenalkan pada Prapelancaran KMJ 2016 di Istana Pasir Pelangi, hari ini. - Foto Zain Ahmed JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berkenan memperkenalkan dua lagi trak Mack yang akan menyertai Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2016.
Sultan Ibrahim memperkenalkan dua trak itu sempena Prapelancaran KMJ 2016 di Istana Pasir Pelangi di sini, hari ini. Turut berangkat ke majlis itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim. SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berkenan memperkenalkan dua lagi trak Mack yang akan menyertai Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2016. -
Foto Zain Ahmed Terdahulu, majlis dimulakan dengan taklimat ringkas yang dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong; Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim; Ketua Sekretariat KMJ 2016;
Kapten Fahmy Yahya dan Pegawai Turus Trafik Kontinjen Johor, Deputi Superintendan Ibrahim Mat Som. Ismail berkata, KMJ 2016 akan berlangsung pada 14 hingga 17 Mei ini, membabitkan laluan sejauh 842 kilometer di semua 10 daerah di negeri ini. "Majlis pelepasan akan bermula di Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) seterusnya ke Kulai, Kota Tinggi, Mersing, Kluang, Segamat, Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian," katanya.
Sumber : SuperKiram