Pesawat EgyptAir Hilang, Kemungkinan Terhempas Ke Lautan
KAHERAH: Pesawat EgyptAir yang hilang bersama 66 orang penumpang mungkin
terhempas ke dalam laut, kata pegawai dari syarikat penerbangan dan
penerbangan awam Mesir, hari ini.

Sebelum ini EgyptAir berkata, pesawat Airbus A320 yang terbang dari
Paris ke Kaherah dan hilang pada Khamis, lenyap dari radar di Laut
Mediterranean.

Akhbar negeri Mesir, Ahram melaporkan tiada sebarang panggilan kecemasan
dari pesawat dan kali terakhir mereka berhubung dengan juruterbang
adalah kira-kira 10 minit sebelum pesawat itu hilang.
Sumber Berita Harian