Hasil daripada bedah siasat yang telah dilakukan mendapati mangsa
kemaluan mangsa telah dimasukkan batang cangkul sepanjang 65 sentimeter.

Difahamkan, akibat kejadian itu telah mengakibatkan mangsa mengalami
kecederaan yang teruk di bahagian hati dan paru-paru yang turut
terkoyak. Menurut ketua Polis, Krishna Murti lagi berdasarkan hasil
bedah siasat mendapati, sewaktu batang cangkul itu ditusuk, mangsa masih
dalam keadaan hidup namun sudah berada dalam keadaan nazak.
Enno juga tidak berdaya untuk melawan kerana dipegang oleh si pelaku.
Meskipun Enno cuba menjerit dalam kesakitan namun jeritannya tidak
diendahkan oleh suspek.
Akibat daripada tusukan batang cangkul tersebut, mangsa telah mengalami
kecederaan yang teruk pada bahagian organ dalaman juga organ luarannya
seperti:-
-Hati
-Paru paru
-Rongga dada
-Rahim
-Patah tulang pipi dan rahang kanan
-Patah leher
-Alat kemaluan koyak
-Lebam pada buah dada sebelah kiri dan kanan dengan bekas gigitan manusia
-Pipi kanan luka dan berlubang (Ditikam menggunakan sudu garpu)
Menurut laporan polis, ketiga suspek yang melakukan pembunuhan ini telah
ditangkap dimana seorang darinya berusia 16 tahun manakala dua lagi
berusia 24 tahun.

Ketiga-tiga suspek telah dibawa ke balai polis mapolda metro jaya pada
17.05.2016. Sementara itu, suspek juga terpaksa diasingkan bilik
daripada banduan yang lain kerana mereka telah dipukul oleh banduan lain
yang marah dengan perbuatan yang dilakukan oleh suspek.
Pengakuan dan motif suspek:
Rahmat, 16, mengaku merogol mangsa dan memasukkan batang cangkul,
menendang batang cangkul tersebut sehingga menusuk ke dalam kemaluan
mangsa. Sementara itu motif pembunuhan pula kerana mangsa selalu menolak
untuk melakukan hubungan intim.
Arif, 24, mengaku mencangkul leher mangsa dan menggigit payudara sewaktu
kemaluan mangsa ditusuk dengan batang cangkul. Manakala motif
pembunuhan pula adalah kerana cintanya ditolak banyak kali oelh mangsa.

Imam Harpiadi, 24, mengaku mencakar wajah mangsa dengan menggunakan sudu
dan garpu. Sementara itu, motif pembunuhan pula kerana suspek selalu
diejek oleh mangsa yang memiliki wajah hodoh dan cintanya juga ditolak.
Ketua Polis Krishna Murti menyifatkan ketiga-tiga susupek yang melakukan
pembunuhan ini menyukai mangsa namun cintanya telah ditolak.
“Berdasarkan bukti keterangan, ketiganya berusaha mendekati mangsa, tapi mangsa tidak mahu,” katanya.