Kenapa lah orang sanggup meracun haiwan yang tak bersalah ni. Kalau pun
tak suka kucing-kucing ni jangan lah sampai diracun tanpa pengetahuan
tuannya. Apa salahnya bagi je tahu tuan empunya kucing tu kan. Sedih
hati kami tengok.
Gadis ni memuat naik beberapa gambar di akaun Facebooknya Farah Fasci memberitahu 3 ekor kucingnya diracun oleh jirannya sendiri!
22/5/16: KAU BUNUH KUCING2 AKU!
Semalam, peristiwa yang pahit untuk kami sekeluarga terima. Jiran
kami sendiri telah memberi racun untuk membunuh kucing2 kami. Bukan
seekor tapi 3 ekor! Caranya mudah, cuma letakkan ikan bilis yang telah
ditaburkan serbuk warna biru (racun) di dalam plastik, kemudian
dibiarkan terdedah di luar pagar rumah.
Pada awalnya kami cuma tersedar seekor saja yang tiba2 berbuih mulut.
Kami syak mungkin termakan tikus atau binatang lain yang berbisa. Tak
lama lepas tu, seekor lagi berbuih mulut nya. Ok, kami yakin ini memang
diracun! Terus pergi rumah jiran tersebut, sah memang ada 'umpan'. Masa
yang sama jugak seekor lagi kucing kami tengah elok makan umpan tu. Kami
bawak kucing tu balik, dan bagi nya minum air kelapa. Namun tak lama
lepas tu mulutnya pula berbuih.
Ya Allah, betapa pilunya hati kami melihat seekor demi seekor
mengerang kesakitan dan mati didepan mata kami sekeluarga. Kami cuma
mampu memberi air kelapa, air arang, air tanah dan air garam sebagai
penawar. Kucing2 kami cuma mampu bertahan sekejap sahaja, kerana racun
tersebut terlalu kuat. Kucing2 kami tak mampu untuk bersuara, hanya
gelisah meronta menahan sakit. Namun dari pandangan matanya kami tahu
mereka meminta tolong. Beratnya derita yang dilalui. Kalaulah
penderitaan itu dapat kami tanggung Ya Allah...
lebih menyedihkan bila mengenangkan kucing kami yang baru saja
melahirkan anaknya minggu lepas, dan seekor lagi sedang bunting dan
menunggu masa untuk beranak. Semuanya pergi sekelip mata. Kau memang
kejam jiran! 😢 tahukah anda hukuman diakhirat kelak? Sekiranya anda
tidak tahu, perlu kah anda berniat jahat terhadap haiwan?
Memang aku benci kau jiran! Macam mana kucing2 aku terseksa, moga kamu rasa balasan yang setimpal. Allah maha adil.
Pada penduduk TAMAN BATU GAJAH PERDANA, PUSING, PERAK sila berjaga
jaga dengan manusia seperti ini. Mereka tidak berperikemanusiaan kerana
mereka lebih teruk dari binatang!






