Kisah ini, mungkin ada yang sudah pernah baca. Walaupun begitu, wajar
dijadikan sebagai pengajaran dan peringatan kepada kaum wanita agar
lebih berhati-hati apabila menggunakan tandas di luar sana.
Kepada semua wanita-wanita terutamanya yang selalu berhenti dan pergi ke
tandas di mana-mana stesen petrol. Kejadian ini betul-betul berlaku
pada seorang kenalan saya sendiri.
Seorang perempuan dan teman lelakinya (bakal suami yang mana akan
berkahwin tak lama lagi) berhenti di sebuah stesen petrol atas sebab si
perempuan ini nak pergi ke tandas.

Kalau kita perasan di stesen petrol contohnya Petronas, ada tandas yang
di dalam kedai Mesra itu sendiri. Namun, ada juga tandas yang di luar
sikit sebelah dengan kedai Mesra serta tandas di bahagian belakang, jauh
sedikit dari kedai Mesra.
Si perempuan itu tadi pergi ke tandas yang berada di belakang itu
berseorangan pada waktu malam. Sementara teman lelaki hanya menunggu di
dalam kereta.
Namun, selepas 30 minit berlalu, perempuan itu tadi masih tidak muncul
menyebabkan lelaki itu nekad untuk pergi mencari kekasihnya yang
menggunakan tandas di bahagian belakang tadi.
Alangkah terkejutnya dia apabila menemui gadis itu dalam keadaan pengsan
dan tidak berpakaian yang dipercayai telah diro9ol. Sedih, tetapi
itulah yang terjadi.
Menurut gadis itu, ada seseorang yang telah menariknya ketika dia masuk
ke tandas berkenaan. Suspek menutup mulutnya serta mengunci pintu tandas
dan diro9ol secara ganas.
Mangsa tidak dapat mengenal pasti ciri-ciri suspek namun apa yang pasti suspek berkulit hitam dan dipercayai 'negro'.
Kasihan sangat-sangat. Sudahlah mangsa bakal berkahwin tidak lama lagi
dan kini berada dalam keadaan yang sangat trauma dan tertekan.
Kepada kaum wanita yang membaca kisah ini, tolong jangan pergi ke tandas
seorang-seorang terutamanya tandas di bahagian belakang walaupun siang
atau malam. Kalau boleh, ajak kawan, suami, adik, untuk temankan
sungguhpun rasa tak macho tunggu depan tandas tetapi keselamatan perlu
diutamakan.
Perkara ini boleh terjadi pada sesiapa saja tanpa mengira mangsa
bertudung ke, free hair ke. Tetapi dalam kes ini, mangsa bertudung.





