Penyanyi yang popular menerusi aplikasi karaoke simule, Khai Bahar yang
pernah diejek kerana bergigi jarang tidak lagi berasa malu selepas dia
mendapatkan rawatan di sebuah klinik pergigian untuk membetulkan
struktur giginya.
Menurut Khai atau nama sebenarnya Muhamad Khairul Baharudin, 22, ia
berjaya membentuk keyakinan dirinya kerana kelemahan itu seringkali
menjadi bahan usikan rakan-rakan dan peminat.
"Hasrat nak betulkan gigi saya tu sebenarnya dah lama iaitu sebelum dikenali lagi tetapi baru dua hari lepas saya nekad untuk melakukannya, tanpa paksaan sesiapa.
"Yalah, bila dah bergelar artis, saya perlu berhadapan dengan ramai orang dan situasi ini sedikit-sebanyak menimbulkan rasa segan dan kurang yakin dalam diri apatah lagi bila ada yang memperkatakan tentangnya di ruang komen Instagram.
"Justeru, saya ambil keputusan untuk membuat rawatan tersebut di Klinik Pergigian Raihan,” katanya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjKvkksZN2q7Vubot_I8Up5nCdDkBQa2W__XOSJD8CjSwgVucpZDSsKPxfG3ykqKSl2KVPO2J2v1ehWogPdvd3Sb5YZBY3RBn3ZeecY3P0NgHHstg7pC45LFRQLySuTtMGVSnbhO1mYmu3I/s1600/KB.jpg)
Ujar Khai, proses rawatan itu mengambil masa selama empat jam di mana
gigi hadapannya perlu ditampal bagi mengelakkan ia nampak jarang dan
tentu sekali ia dapat menghilangkan rasa malu,” katanya sambil bergurau
dia berasa seperti mahu sentiasa tersenyum.
Dalam pada itu, Khai yang sebelum ini dilihat sering menyanyi tanpa
memperlihatkan giginya di mana-mana video di laman sosial mengakui itu
antara caranya untuk menutup kekurangan tersebut.
Pun begitu, dia mengakui tidak pernah tersinggung tentang usikan
mana-mana pihak selain menyifatkan kekurangan itu jugalah membawa tuah
kepadanya.
Sementara itu dalam perkembangan sama, Khai menjelaskan selepas hasil
rawatan giginya itu dikongsi di laman Instgram, dia menerima banyak
komen daripada peminat yang menyokong dan ada juga menentang tindakannya
itu.
“Selepas memuat naik hasil rawatan gigi saya di Instagram, banyak komen daripada peminat yang saya terima. Ada yang suka dan ada yang gemar dengan gigi yang dulu kerana kata mereka di situlah keunikan saya.
"Apa-apa pun pandangan mereka, saya hargai dan berharap tiada yang mempertikaikan lagi setelah saya jelaskan di sini,” katanya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjTd9C2Tkjj_rQRMdvnnK3O6xsEUQBeBTLAm1zj4Dd0IW53V2wlnvWcx-MEpOtPhr4UHpZZjweXNt_3YX0lD_sVDjgk6TDQ7NDUhUZ7SGjYZi25vpad-_-t5buwYneLAReQp6nQT1Xw8t9u/s1600/Khai.png)
Bercerita tentang kehidupannya setelah dikenali ramai, kata Khai
semuanya tidak banyak berubah dan dia masih melakukan rutin hariannya
seperti biasa.
"Kalau berbeza mungkin dari aspek kesibukan kerana jadual kerja seni saya sentiasa penuh diaturkan pihak syarikat rakaman. Namun daripada aspek kehidupan peribadi, saya masih bebas ke mana-mana sahaja tanpa perlu rasa rimas ditegur peminat.
"Ini kerana sehingga saat ini, tak ramai yang perasan dengan kelibat saya. Jadi, tiada sebab untuk saya katakan selepas dikenali saya harus letakkan value dalam kehidupan saya sehingga perlu membataskan pergerakan sepertimana artis-artis popular yang lain. Khai Bahar masih seperti yang dulu, jangan risau," katanya.
Khai Bahar yang kini bernaung bawah syarikat rakaman NAR Records menjadi
popular selepas lagu duetnya menerusi aplikasi simule bersama Siti
Nordiana dengan lagu Memori Berkasih menjadi viral di Internet.
Lagu nyanyiannya itu juga mendapat lebih sejuta tontonan di YouTube.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhyrVXThOUFbdDGrnvSgixHZ8a5pepJXnGvIT2BXjA8eYw40YvZ1A8A-ADhSWkcTYEQqa5lhjB7MAYKVxk-2pAzkLU3XGSuDDzYPbw5TFd2TPt9i-UjV3GgDrBQHGmwAuwvhyFpZbPJNzX0/s1600/KB2.png)