Beberapa hari lalu Fasha Sandha Buat Laporan Polis, Tidak Tahan Sering Diganggu 'Seseorang'
iaitu bekas suaminya, iaitu Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali
sebagai Jejai. Bagaimanapun Jejai akhirnya tampil menafikan berhubung
perkara tersebut.
“Saya sendiri menuntut supaya pihak berkuasa siasat perkara ini untuk tahu kebenarannya. Biar masyarakat tahu sama ada ‘cerita’ itu benar atau sebaliknya. Saya sendiri hairan kenapa cerita seperti itu boleh timbul, sedangkan tidak ada satu pun yang benar mengenainya,” kata Jejai lagi.
Jejai dalam masa yang sama turut menjelaskan bahawa dia kini sedang
berbincang dengan peguamnya untu mengambil tindakan undang-undang
terhadap mana-mana pihak yang telah mengaibkan dirinya dengan
menyebarkan pelbagai andaian buruk semenjak dia bercerai dengan aktres
popular itu.
Untuk info, Fasha dan Jejai mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012
sebelum mengambil keputusan bercerai pada 20 Januari lalu.
Hasil perkahwinan selama empat tahun itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.