Seperti kebiasaannya setiap tahun, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum
Sultan Iskandar bersama permaisuri dan anakanda baginda akan melawat
rakyat-rakyat jelata dalam Kembara Mahkota Johor (KMJ).
Tuanku Sultan akan memberikan bantuan kepada rakyat-rakyat yang
memerlukan selain beramah mesra bersama rakyat diseluruh pelusuk negeri
Johor.
Namun, KMJ tahun ini nampaknya sedikit hiba bagi Tuanku Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah apabila tuanku permaisuri melahirkan rasa kehilangannya dalam jelajah KMJ kali ini.
Kehilangan yang dimaksudkan ialah ketiadaan Tunku Jalil yang telah bertemu Maha Penciptanya tahun lalu kerana menghidap kanser.
Jom kita baca apa yang Tuanku permaisuri luahkan.
Sayangku, Lil.
Paduka kekanda sulung mu, adindanya Che' Puan Khaleeda serta kekanda
Inah, kini berada di Kuala Lumpur bagi keberangkatan ke pertandingan
bolasepak malam ini (semalam) dan tidak bersama kami pagi tadi.
Sepertimana dikala lain apabila kami semua bersama di majlis-majlis
rasmi, Mama akan mengira berapa orang anak lelaki Mama yang turut serta
bersama Mama. Mama kekurangan seorang.
Lil yang tiada rupanya.
Benar bak kata kekanda mu, Idris : bagaimana pun sukarnya, kami perlu
terus tersenyum, berjumpa semua yang ada, dan terus menunaikan
tanggungjawab kita. Hidup ini tidak akan sama lagi seperti dahulu.
Moga Lil berada dikalangan mereka yang beriman.