KUALA LUMPUR - Polis menemui sepucuk pistol dan 30 butir peluru hidup di
dalam kenderaan milik pemain bola sepak Safee Sali yang dipandu oleh
seorang pemilik kedai aksesori kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger
sekitar jam 12 tengah hari semalam.
Menurut BH Online, pemilik kedai yang berusia 34 tahun itu
ditahan sepasukan polis trafik yang sedang membuat sekatan jalan raya di
susur keluar Kempas, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara, sekitar
jam 12 tengah hari.
Pemeriksaan mendapati terdapat sepucuk pistol di dalam beg kuning yang ditempatkan di tempat duduk belakang kereta terbabit.
Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, Safee sebelum
ini menghantar kenderaan miliknya itu minggu lalu ke kedai suspek untuk
diubahsuai dan akan mengambilnya semula selepas perlawanan akhir Piala
FA yang berlangsung semalam.