Kebanyakan
wanita atau ibu yang baru melahirkan anak, malas berpantang atau degil
apabila disuruh berpantang dan paling teruk tak tahu lansung tentang apa
itu berpantang .
Memang
lumrah manusia perkara baik memang susah nak ikut dan kadang-kadang
mereka ini ada pendapat sendiri berdasarkan kawan-kawan, buku dan
lain-lain. Tapi, Alhamdulillah dengan adanya teknologi sekarang, wanita
yang baru bersalin pada masa sekarang, banyak membaca, mendapatkan
khidmat nasihat daripada pakar atau bidan, bagaimana nak berpantang
secara tradisional tetapi moden.
Ada
banyak syarikat yang menawarkan servis berurut dan bertungku serta
khidmat nasihat kepada bakal-bakal ibu dan bapa tentang menghadapi
kelahiran, cara berpantang, pemakan dan bagaimana mengatasi situasi
meroyan dan bagaimana mengelak meroyan ketika berpantang, juga bagaimana
menghindari demam kuning pada baby dan macam-macam lagi.

Paling
penting berpantang cara tradisional tapi moden. Untuk keterangan lanjut
boleh jenguk untuk nak kongsi dan tahu akibat atau kesannya jika tak
berpantang.
Ada
sesetengah wanita yang degil, tak mahu berpantang, tak nak ambil jamu
lepas bersalin, tak nak berurut atau bertungku, mandi air sejuk, minum
air sejuk, makan ikut suka. Bila mak marah atau tegur tunjuk muka masam
atau jawab, “Alah..! org tau la” dalam hati kata “dah tua nanti semua
orang sakit, rasa badan ni ok je tak rasa apa-apa pun”..
Kalau ada yang buat macam ni, baca info kat bawah ni..
Apakah Akibat & Kesan :
Rahim Jatuh / Prolapse
Prolapse
Ra-him adalah satu keadaan di mana rahim jatuh kebawah dan kadang kala
terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh
ligament dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal
menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran, Justera itu rahim
seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran fa-raj.
Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat
– Peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa.
– Peringkat kedua dimana pintu Ra-him jatuh sampai kepermukaan fa-raj.
–
Peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan Ra-him
terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj, keadaan ini yang biasa
di gelar “tombong”.
Gangguan Kencing
Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah kencing contoh:
– kerap kencing
– sakit ketika nak kencing
– kencing yg tak terkawal khususnya semasa batuk, ketawa yang kuat ini
di panggil (Stress Incontincence).
Keadaan ini menyusahkan dan menganggu tugas harian khususnya dalam menjalankan amalan ibadah seperti solat.
Gangguan Hubungan Ke-lamin
Oleh
kerana berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang
memegang faraj yang dipanggil Pel-vic Floor Muscle, Maka kekuatannya
untuk mencengkang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin
terganggu. Ini meyebabkan kepuasan dan kenikmatan se--ks, khususnya
kepada sang suami kurang puas & tak menyeronokkan.
Ramai
wanita seta suami mengadu tentang kurang nikmat dan tidak puas ketika
melakukan hubungan se-ks, terutama selepas melahirkan anak. Perkara ini
berpunca daripada pelbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran
atau kelemahan otot disekeliling faraj.
Sakit Pingang & Tidak selesa dibahagian Su-lit Wanita
Gangguan
lain yang boleh timbul akibat daripada prop-lapse ra-him ialah rasa
tidak selesa dibahagian sulit, kerana sesuatu benda iaitu rahim
terkeluar daripada faraj. Ini berlaku ketika berdiri atau banyak
berjalan. Oleh sebab Ra-him jatuh ia menarik otot dan sering kali urat
dibahagian pingang juga akan tertarik menyebabkan ramai diantara wanita
mengadu sakit pinggang.
Gangguan Kesihatan
Dalam
Kes Proplapse yang teruk atau peringkat ketiga dimana keseluruhan rahim
terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam dan
menyebabkan luka atau erosion. Luka ini seringkali dijangkiti kuman dan
menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak. Dalam jangka
masa panjang ada juga kes dimana berlaku ketumbuhan akibat daripada
pergeseran yang berpanjangan.
Oleh
Sebab itu, jangan ambik mudah tentang berpantang, pakai bengkung, makan
jamu bersalin & makan makanan yg disyorkan.. Kalau tak tau nak cari
kat mana jamu, Bengkung, daun mandi, senang cite barangan untuk
berpantang.
sumber : superkiram





