Pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus telah mencetus fenomena baru dalam
bidang dakwah di Malaysia, Beliau telah berjaya menarik semua lapisan
masyarakat tanpa mengira usia untuk memenuhi masjid bahkan hingga
melimpah keluar masjid setiap kali kuliah beliau adakan. Penceramah dari
Terengganu yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya
remaja. Setiap kali beliau berceramah, tidak kira dimana, ribuan yang
hadir.
Perkembangan ini telah membuktikan bahawa konsep dakwah yang dibawa oleh
Ustaz Azhar Idrus dapat diterima oleh masyarakat bahkan memberi kesan
mendalam kepada jiwa mereka seterusnya bertekad untuk hadir dan memenuhi
setiap ruang penjuru masjid setiap kali beliau memberi ceramah.
Namun tak ramai yang tahu mengenai kisah sebenar ustaz Azhar Idrus
sebelum bergelar pendakwah bebas.Kehangatan Facebook juga sedikit
sebanyak mempopularkan Ustaz ini dengan setiap katakata nasihat dan
penjelasan berkenaan agama darinya dikongsikan secara viral dan tidak
pernah putus. Dulu pernah ada satu rancangan Ustaz Azhar Idrus di Astro
iaitu Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus. Tapi atas sebab2 tertentu,
rancangan ini telah diberhentikan siarannya.
Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar
Kuala Terengganu band boy. Dan sempat membuat beberapa persembahan di
stadiumstadium. Setelah kumpulan Ustaz menarik diri kerana tujuanya
hanya sukasuka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari
glamor. Mungkin ramai yang mengenali Ustaz Azhar Idrus ni, seorang Ustaz
yang terkenal buat masa ini terutama di kalangan anakanak muda..
Setiap kali ceramah atau kuliahnya mesti penuh dengan jemaah yang
hadir.. Tapi mungkin ramai yang tak tahu bagaimanakah kehidupan Ustaz
Azhar Idrus sebelum bergelar Ustaz, Apakah yang dilakukannya? mari baca
sedikit sebanyak kisah Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar Ustaz yang
dipetik dari Facebook.
Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara
berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu
malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu
bersamasama kawankawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk
merasmikan program berbasikal.
Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala
Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun
1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai
mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama
secara bersungguhsungguh.
Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guruguru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.
Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar
agama kerana kawan baiknya seorang ketua Punk menghilang diri selama 5
tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat
ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa
kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini,
timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.
Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi
sepertinya juga. Berikut adalah butiran biodata mengenai beliau yang
ditemui di beberapa blog.
# Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
# Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
# Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
# Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
# Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai
Biodata Penuh:
Nama:Ustaz Azhar Bin Idrus
Tarikh Lahir:12 Februari 1964
Berasal: Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu
Hobi : Mengembara (taakulan penulis) dan fotografi Alam Hidupan.
Pendidikan :
1.Sekolah Rendah Hj. Mohd Sharif, Alor Setar, Kedah.
2.Sekolah Menengah Darulaman Alor Setar, Kedah. (Tingkatan 1 dan 2)
3.Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (Tingkatan 3 hingga 6)
4. Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
5.Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun
Pengalaman :
1. Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985, benda lagho kata beliau.
2. Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
3. Mula mengajar (hanya menyampaikan yang sekdar tahu sahaja, kate beliau) di surau ladang,
kampungnya
Isteri :
1. Rogayah Binti sulong, Johan Qariah Tilawah AlQuran Kebangsaan 1978 (42 Tahun)
2. Wan Halimatun Nisa Binti Wan Mohd Nor (26 Tahun)
Anak :
1.Nur Madihah Asyiqin (20 tahun)
2.Nur Farhah (19 tahun)
3.Mohd Faqihuddin (18 Tahun)
4.Mohd Zuhaili (16 tahun)
5.Ikhwan Najmi (14 tahun)
6.Khairul Mukmin (7 tahun)
7.Rasydan (6 tahun)
Sehingga hari ini, nama Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra sebagai UAI
amat disenangi oleh ramai orang terutamanya golongan remaja yang
majoritinya mula memahami Islam dengan lebih mendalam selepas mengenali
UAI samaada secara bertemu empat mata mahupun sekadar membuat rujukan
dari pelbagai ilmu yang disampaikan melalui Youtube, Facebook dan
sebagainya.
Ustaz Azhar Idrus sangat mesra dan rapat kepada golongan blogger yang
menjadikan UAI benarbenar seorang Ustaz yang terbuka mindanya serta
celik IT. Ustaz Azhar Idrus juga amat aktif dalam membantu mereka yang
memerlukan pemahaman dan penjelasan tentang kemusykilan soal agama
melalui Facebook Page miliknya. Apapun sudah menjadi resmi alam, tak
semua manusia akhir zaman ini terutamanya para Ilmuan Islam (Alim)
disenangi oleh semua orang.
Sering sahaja katakata UAI disalahertikan dan sentiasa mencari jalan
untuk memutarbelit apa yang disampaikan UAI untuk melihatkan UAI sebagai
seorang yang sesat. Kepada yang aktif bersifat begini, hentikanlah.
Ianya jelas tidak akan mendatangkan kebaikan kepada anda. Jika tidak
suka, anda simpanlah dalam hati. Usah bawa orang lain ke gaung kebencian
penuh kehitaman anda.
Samasama kita doakan semoga ustaz Azhar Idrus sentiasa berada dalam
keadaan sihat sejahtera dan dapat meneruskan kerjakerja menyebarkankan
dakwah dan kuliah ke segenap lapisan masyarakat. Semoga Allah memberkati
usaha dakwah beliau demi mengangkat martabat Syiar Islam di Bumi
Malaysia ini.
sumber : superkiram






