Seorang gadis, Enno Fariah,18, ditemui mati dalam keadaan yang
menyedihkan apabila dia ditemui dalam berlumuran darah selain sebatang
cangkul tertusuk di dalam kemaluan mangsa.
Tribun News melaporkan, dalam kejadian 13 Mei itu, didapati gagang
cangkul itu tertusuk sepanjang 60 cm ke dalam kemaluan mangsa di
rumahnya di Tengerang, Indonesia.
Dipercayai, mangsa dirogol sebelum dibunuh. Menurut pihak berkuasa, mayat wanita terbabit ditemui sekitar jam 9 pagi.
"Mangsa hari itu tidak masuk kerja. Tiga orang rakannya, Fitroh, Eroh dan Novi, kemudian pergi ke rumah Enno sebelum mendapati keadaan diluar rumah mangsa dalam keadaan berselerak.", kata pihak berkuasa.
Kerana tidak mempunyai kunci pendua, tiga rakan mangsa memanggil bantuan untuk membuka pintu.
"Waktu pintu dibuka, mereka mendapati Enno sudah tidak bernyawa. Tubuh mangsa ditutupi bantal dan baju mangsa. Sebatang cangkul juga didapati berada dalam kemaluan mangsa", katannya.
Jenazah mangsa telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat.
Pihak Polis Tengerang telah melakukan tiga tangkapan berkaitan kes
berkenaan termasuklah teman lelaki mangsa berserta dua orang rakan yang
bersubahat dalam pembunuhan tersebut.
Selepas sesi soal jawab, polis mendapati motif kejadian kerana teman
lelaki Enno tidak berpuas hati kerana ajakannya melakukan hubungan $eks
ditolak oleh mangsa.
Berang dihalau oleh mangsa membuatkan teman lelaki kepada gadis malang
tersebut untuk datang semula ke rumahnya bersama-sama dua orang rakan
lelaki yang lain.
Mereka menyerbu masuk ke dalam rumah dan memegang Enno yang
meronta-ronta minta dilepaskan. Seorang rakan tidak dapat mencari pisau
di dapur bertindak mengambil cangkul yang ditemuinya dan menghentak
cangkul berkenaan pada wajah Enno.
Dalam keadaan yang lemah, Enno dipercayai dirogol oleh teman lelakinya
sebelum ketiga-tiga mereka bertindak diluar batas apabila memasukkan
cangkul ke dalam alat sulit mangsa sedalam kira-kira 60 sentimeter.