Kisah diri terkena santau atau disantau bukan sesuatu yang pelik pada
masa kini. Namun tidak dapat dibayangkan masih ada lagi manusia yang
berfikiran kolot dan tidak bertamadun! Sehingga sanggup menjadi pembunuh
dengan meminta pertolongan daripada jin dan syaitan untuk membalas
dendam kepada manusia ataupun individu yang dikehendaki.
Mereka yang ditimpa musibah jatuh sakit disebabkan sihir santau pula,
tak semestinya orang biasa malah ustaz yang diketahui tinggi ilmu agama
pun kadangkala dijadikan mangsa oleh manusia yang mengikut hati dan hawa
nafsu.
Berikut perkongsian oleh Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias berkaitan pengalamannya disantau.
1996.
Saya dijemput menjadi imam qiamulail,selesai kuliah subuh saya pulang
ke rumah. Jumaat sekitar 9.30 pagi, dada saya sakit, badan tiba-tiba
sahaja lemah, kepala pening..saya muntah..masyaallah..darah membuak
keluar. Di hospital doktor kata sy terkena jangkitan virus. 6 hari
terlentang, anak sulung saya umur 2 tahun menangis siang malam. Saya
terlalu lemah, dada seperti dihiris-hiris. Setiap petang saya nampak
lembaga perempuan berbaju putih, berdiri di pintu sambil tersenyum
berkata “padan muka..padan muka”
Teman(Kawan) saya datang tidur dirumah, lari dia sebab dia nampak
lembaga hitam besar berdiri dan kencing atas dia..Masyaallah badan makin
lemah,mana-mana anggota dipegang pasti menjerit saya kesakitan.
Saya dibawa ke Kedah dan Batu Kurau untuk berubat. Di Batu Kurau
dapatlah jawapannya..saya disantau, kuku semua dah hitam, badan susut
mendadak..beribu-ribu miang buluh dikeluarkan dari dada saya,sakitnya
Tuhan sahaja yg tahu. Bilal tua yang merawati saya kata “sabar ni ujian
Allah..”
5 tahun kemudian dia meninggal kerana sakit tua. Sejak itu pantang
saya ialah makanan yang tajam dan berbisa sepeti tebu, rebung, kambing
dan beberapa jenis lagi. Ini kali pertama saya disantau. Perit, pedih
dan sakit sangat, bagi yang pernah kena dia tau lah macamana
rasanya..kenangan yang menginsafkan 1996/97
1997.
Kesakitan akibat di santau berterusan dan mengganggu kerja dakwah
saya. Serangan kedua lagi teruk,ramai yg datang membantu disamping
amalan tertentu,gangguan dalam rumah makin menjadi-jadi.Saya dibawa
balik ke Kedah untuk berubat,doktor mengesahkan saya tiada sebarang
penyakit.
Tahapnya sampai orang masjid datang baca Yasin..saya redha apa jua
ketentuan Allah. Suatu malam, saya bermimpi didatangi seorang ulama,
memakai baju putih..mengucapkan salam..dipegangnya dada saya dan dibaca
beberapa potongan ayat Al Quran. Dia kata esok ambik 7 benda ni dan
mandi gosok seluruh badan..Insyaallah katanya Allah bagi kesembuhan.
Dalam mimpi itu saya dipertunjukkan dengan 6 orang yang menyihir
saya..gambar mereka ditunjuk satu-satu..saya tersedar dari
tidur..Masyaallah,mimpi apakah ini..mimpi benar atau mainan?
Siang esoknya sy gagahkan diri utk bercakap,minta disediakan 7
perkara itu,saya pun dimandikan dan saya masih ingat lebih 2 minggu saya
terlantar,batuk berdarah,hanya boleh minum susu sahaja..Pagi saya mandi
pada sebelah petangnya Alhamdulillah saya dah boleh duduk..saya kata
lapar..nak nasi..saya tengok org sekeliling saya menangis,saya minta nak
pegang anak saya,syukur dah boleh ingat banyak benda.
1998.
Saya pindah dari rumah sewa ke rumah sendiri di Batu Gajah..dalam
sibuk dok angkat barang,datang suami isteri..saya kenal mereka,orang
kaya,orang hebat deme ni
Tiba-tiba suami dia peluk saya,si isterinya menangis..dia kata “maafkan kami ustaz” berkali-kali diulang perkataan itu.
Saya tanya “nape?”
Dia jawab “kami lah yg menyihir ustaz,kami berdosa sangat-sangat pada Ustaz”
Saya tanya “kenapa buat kat saya mcm ni?”
Dia jawab “Saya terasa bila ustaz tegur dalam kuliah tentang orang yg
tak berjemaah dimasjid, saya geram,saya menyampah dgn kata-kata ustaz”.
Saya jawab “takpe..Alhamdulillah,saya tak marah dan simpan dlm hati”.
Dia kata lagi “mereka berenam terlibat.”
“Enam org?” saya terkejut..
Memang,saya kenal mereka kerana suami isteri inilah yg ditunjuk dalam
mimpi saya itu. Saya sebut nama lagi empat org,dia mengaku betul,mereka
yang aniaya saya.Saya cakap.pesan pada mereka saya maafkan mereka.
Sampai sekarang,kalau saya terserempak mereka berdua,sisuami akan
memeluk saya..satu keluarga rapat dan tiap-tiap tahun mereka datang
beraya(hari raya) dengan bawa sekali anak menantu cucu..langsung tiada
dendam dihati, Alhamdulillah.
2001.
Ketika itu menjadi Imam di Masjid Al-Aulia,Ipoh. Tabiat saya ialah
makan malam jam 6:30 petang..bila saya 3 kali suap baru saya perasan ada
banyak ulat didalamnya, bergerak-gerak, MasyaAllah,bila saya buang ke
lantai jadi nasi tapi dalam pinggan berulat.
Saya tanya isteri,ni nasi bila? Dia jawab baru masak. 3 hari
berturut-turut sebelum itu tikar getah rumah saya diselak-selak
sedangkan ada kusyen, meja makan dan almari kitab diatasnya. Berombak
macam ada orang mengibasnya. Itulah permulaan serangan ketiga pada saya
dan kali ini paling teruk,saya terlantar sebulan malah tak dapat
mengingati orang disekeliling saya. Sakitnya sangat kuat sehingga
mengganggu keluarga..berpuluh-puluh ustaz dan pengamal perubatan
tradisional datang membantu..saya ucapkan terima kasih kepada Dato’
Ismail kamus, Dato’ Syeikh Mohd Nor, Ustaz Che Leh. Ustaz Ridzuan yang
tak putus dan jemu membantu dan ribuan pelajar yang membuat solat hajat
dan yang datang berubat dari seluruh negara.
Inilah kesakitan yang paling saya deritai hingga ke saat ini..Mungkin
tuan puan kata saya ni dok cerita pengalaman peribadi sahaja tapi saya
ingin mengajak pada semua agar sabar dengan ujian dan mudah-mudahan
Allah mengampuni dosa kita. Kesakitan pada 2001 adalah pengalaman yang
sangat berharga kerana mendorong saya mempelajari ilmu perubatan Islam
secara lebih mendalam apabila Dato’ Ismail Kamus berkata pada saya…”Anta
berubatlah akan diri anta sendiri..”
Alhamdulillah..selepas sebulan tak bangun, tak boleh tidur, takde
selera makan,hilang banyak ingatan, saya bangun dengan izin Allah…saya
temui jawapannya bila saya dan sahabat saya dari Indonesia menemui
bangkai anjing ditanam dalam halaman rumah…Apa jenis manusia ini…Apa
salah saya…???
Apapun yang baiknya saya dapat belajar banyak perkara dari ujian ini antaranya….saya belajar perubatan Islam..
kedua saya dapat tahu mana kawan masa susah senang dan kawan masa
kita senang sahaja..Terima Kasih kawan dan sahabat yang tolong saya.
Ustaz Kazim Elias






