Alhamdulillah,
perkongsian kali ini adalah daripada Puan Norashikin Binti Hasan yang
sudi menunjukkan kita semua cara rawat batuk secara semulajadi dengan
buah nanas.
Melalui cara ini, Puan Norashikin berjaya menyembuhkan batuk anaknya dalam masa 3 hari.
Menarik, kan?
Nanas 5 Kali Lebih Berkesan Berbanding Ubat Batuk
Melalui sumber daripada laman web preventdisease.com, sebuah penelitian yang diterbitkan dalam jurnal “Der Pharma Chemica”
pada tahun 2010 mendapati buah nanas digunakan sebagai salah satu bahan
asas dalam merawat penyakit tuberkulosis, bronkitis, dan beberapa lagi
penyakit yang berkaitan dengan batuk dan selsema.
Dalam kajian berikutnya, para saintis terbabit membandingkan pula keberkesanan jus nanas dengan ubat batuk.
Hasilnya, mereka mendapati pesakit yang mengambil jus nanas ini sembuh 4.8 kali lebih cepat berbanding mereka yang mengambil ubat batuk.
Oleh
kerana nanas adalah daripada sumber semulajadi, maka ianya sesuai
diberikan kepada orang dewasa mahupun anak-anak kecil yang berusia 6 bulan ke atas.
Menurut Puan Norashikin, sebagai alternatif untuk bayi di bawah umur setahun, madu boleh juga digantikan dengan air zam-zam atau minyak habbatus sauda perahan tanpa haba (sejuk).
Kaedahnya
sama seperti penyediaan jus nenas dengan madu, cuma gantikan madu
dengan minyak habbatussauda atau air zam-zam. Ia juga dapat memberi
tindakbalas yang positif jika diamalkan berterusan ketika diserang
batuk. Foto kredit: preventdisease.com
Cara Rawat Batuk Dengan Nanas: Langkah Demi Langkah
Jom ikuti cara rawat batuk dengan nanas melalui langkah demi langkah yang mudah.
Ada 3 jenis nanas yang sering didapati di pasaran Malaysia iaitu Nanas Madu, Nanas Sarawak/Paun dan Nanas Moris.
Anda boleh menggunakan yang mana-mana yang senang didapati di tempat anda.
Puan
Norashikin memilih nanas madu kerana kualiti dan khasiatnya. Ia juga
lebih nusantara, jadi lebih senang didapati di negara kita.
1. Kupas Kulit
Mula-mula, buang kulit nanas dan durinya. Ini biasa dibuat oleh semua orang jika nak makan nanas kan.
2. Potong
Potongkan kiub, supaya senang dikisar dalam ‘blender’ biasa atau ‘fruit processor’.
Bahagian tengah nanas boleh dimasukkan sekali jika mahu kerana bahagian ini turut mempunyai khasiatnya.
Kalau nak, potongkan sedikit bahagian tengahnya dan kisar semuanya bersama. Nanas yang telah dipotong kiub. Saya tak ambil bahagian tengahnya.
3. Kisar & Tapis
Pastikan anda mengisar semuanya hingga halus.
Ini hampas nenas setelah ditapis.
Ini hasilnya.
4. Tapis Sekali Lagi
Tapis lagi dengan penapis yg lebih halus.
Buih-buih jus nenas ini juga adalah hampas yang halus, bila lalu di tekak rasa nak terbatuk. Tapis molek deh.Ini 2 jenis penapis yang digunakan oleh Puan Norashikin.
5. Simpan Dalam Peti Sejuk
Masukkan dalam botol yang kedap udara untuk disimpan di dalam peti sejuk. Saya pakai botol jem. Pastikan tiada karat di penutup botol ye. Botol jem saya bebas karat. Alhamdulillah.
6. Campurkan Madu Apabila Mahu Diminum
Siap dimasukkan dalam botol. Ini jus nanas asli, tanpa madu.
Apabila nak beri pada anak, barulah ditambah dengan madu. Gunakan jus ini untuk 3 ke 4 hari berturut turut.
Sinergikan dgn madu supaya ia seimbang. Tidak bersifat panas dan tidak bersifat sejuk. Nota:
Ubat semulajadi tiada bahan pengawet, ia boleh rosak. Sebaik sahaja
anak pulih dari batuk dan selsema, jus ini tidak diperlukan lagi. Jangan
sayang dan simpan lama ya. Jangan disimpan terlalu lama, elok diminum segar.
7. Siap!
Setelah siap, bolehlah anda berikan kepada anak. Yang tak batuk pun boleh minum juga.
Puan Norashikin menggunakan picagari untuk diberi kepada anaknya.
Jadilah ubat batuk. InsyaAllah mujarab. Jus nanas yang dicampur dengan madu
Cara Minum & Dosnya
Cara penggunaan, ambil pagi, petang dan malam selepas makan atau sebelum makan.
Untuk bayi, dosnya beginilah macam dalam gambar di bawah. Untuk kanak-kanak boleh gandakan dosnya.
Untuk dewasa pula, boleh minum 1 cawan jus nenas yang dicampur madu. Nak makan nenas buat gigit cicah madu pun boleh.
Disamping bau nanas yang sedap, rasanya juga sedap. Si adik suka, si abang pun suka. Yang ini si abang tolong suapkan pada adiknya. Umi nak ambil gambo. Huhu
Selamat Mencuba!
Walaupun ia diyakini berkhasiat tinggi, namun keberkesannya juga bergantung kepada penerimaan tubuh individu masing-masing.
Ada yang lekas sembuh, ada yang memerlukan masa.
Akhir kata daripada Puan Norashikin, “Dalam makanan ada ubat, dalam ubat tiada makanan.”#ubatsemulajadi#naturalremedy#norishliamm
*Kandungan khasiat terperinci buah ini boleh dirujuk melalui carta yang diterbitkan oleh World’s healthiest Food.