Sakit bersalin adalah sesuatu yang sangat digeruni sesetengah wanita. Tapi, mana lagi sakit – bersalin normal vs caesar?
Setelah beberapa minggu menjalani rawatan pra-natal di klinik, tentu ada yang sudah boleh mengagak cara bersalin yang sesuai dengan kemampuan mereka.
Walaubagaimanapun, kedua-dua jenis cara bersalin sama ada secara normal atau pembedahan caesarean tetap mempunyai risiko yang tersendiri.
Tambahan pula, memang sukar untuk meramalkan apa yang akan berlaku menjelang hari bersalin.
Mungkin ada ibu yang pecah ketuban terlalu awal, tidak mampu meneneran, bayi dalam posisi yang songsang, kelahiran pra-matang, atau kesihatan yang tidak mengizinkan.
Atas sebab itu, kita perlu bersedia dan terbuka untuk menerima sebarang perubahan yang mungkin berlaku pada saat-saat akhir.
Proses bersalin normal akan memerlukan kudrat anda sendiri untuk meneran bayi keluar dengan selamat.
Dibandingkan dengan mereka yang melalui pembedahan, bersalin normal akan melalui masa kontraksi yang agak menyakitkan.
Sewaktu kontraksi ini, mungkin akan ada yang rasa sakit di perut, belakang, pinggang, atau mana-mana tempat lain. Mungkin juga berasa lenguh satu badan.
Kontraksi ini pula akan semakin kuat apabila menghampiri waktu melahirkan.
Tetapi, selepas sahaja bayi lahir, sakit bersalin akan lega walaupun amat letih. Kadangkala, sampai tak perasan pun apabila plasenta (uri) dikeluarkan.
Kaedah ini antara yang paling selalu digunakan untuk membantu kelahiran normal berlaku dengan lebih cepat. Biasanya, kelahiran anak pertama memakan masa yang lama dan doktor akan menjalankan episiotomi bagi membuka laluan yang lebih luas pada bahagian perinuem.
Ringkasnya, ia adalah insisi (potongan) yang akan dibuat apabila perineum (bibir rahim) meregang terlalu perlahan. Bahagian yang akan dipotong biasanya akan dibius terlebih dahulu, kecuali jika ibu sudah diberikan epidural.
Episiotomi dilakukan untuk mengelakkan koyakan yang tidak seragam pada faraj akibat cara meneran yang salah. Ia juga dapat membantu kelahiran bayi yang bersaiz besar.
Doktor mungkin akan memberi ubat atau membuat beberapa teknik untuk merangsang agak berlakunya pengecutan rahim (kontraksi) secara semulajadi.
Antara teknik yang paling biasa dilakukan adalah memecahkan selaput ketuban.
Vakum pula merupakan alat berbentuk kon yang diletakkan atas kepala bayi bagi menyedutnya keluar.
Kedua-dua alat ini akan digunakan oleh doktor untuk mengelakkan bayi daripada lemas akibat terlalu lambat dikeluarkan.
Antara masalah yang selalu menyebabkan seseorang terpaksa dibedah adalah apabila telah melepasi tarikh jangkaan bersalin (‘overdue’), ibu mengalami diabetes, darah tinggi, atau penyakit lain.
Pembedahan harus dijalankan bagi mengelakkan bayi berisiko lemas, terbelit oleh pusat, bayi songsang, atau kepala bayi yang tidak betul posisinya.
Proses ini akan mengambil masa purata 45-60 minit dan bayi akan dikeluarkan dalam tempoh 5-15 minit pertama.
Anda akan diberi bius epidural atau bius keseluruhan badan, bergantung kepada situasi.
Air ketuban akan disedut dan kepala bayi akan dikeluarkan terlebih dahulu supaya bahagian mulut dan hidungnya dapat dibersihkan secepat mungkin untuk bayi bernafas.
Kemudian, plasenta akan dikeluarkan sebelum potongan tadi dijahit semula.
Ini adalah kesan daripada ubat bius, kesan rahim mengecut, atau kesan penurunan adrenalin.
Tapi jangan risau, kesan ini akan hilang dengan cepat dan anda akan berasa mengantuk.
Selepas kesan bius hilang, luka pembedahan inilah yang akan menyebabkan anda berasa sakit atau tidak selesa semasa berpantang.
Walaupun tiada sebarang komplikasi selepas bersalin, mereka yang bersalin czer perlu berada di hospital antara tempoh 3-5 hari.
Tempoh berpantang juga adalah lebih lama sedikit berbanding mereka yang normal. Pemakanan juga perlu dijaga sebaiknya supaya tiada kesan sampingan jangka masa panjang.
Mungkin ada yang mendakwa rasa sakit itu masih lagi terasa selepas 6 bulan atau 1-2 tahun. Namun, ada juga yang tiada sebarang masalah selepas bersalin hingga boleh bersalin sehingga 3 kali lagi secara pembedahan caesarean.
Namun, rasa sakit bersalin itu tentu akan terbayar setelah anda dapat memegang dan memeluk bayi anda.
Malah, kesakitan itu membuatkan anda lebih menghargai pengalaman bersalin dan memberi kasih sayang sepenuhnya kepada si kecil.
Ini antara komen ibu yang pernah melalui kelahiran normal mahupun pembedahan caesar.
Setelah beberapa minggu menjalani rawatan pra-natal di klinik, tentu ada yang sudah boleh mengagak cara bersalin yang sesuai dengan kemampuan mereka.
Bersalin Normal vs Caesar. Apa Bezanya ?
Bagi wanita yang bebas daripada sebarang masalah sepanjang kehamilan, keinginan anda untuk bersalin secara normal atau pembedahan mungkin boleh ditunaikan.Walaubagaimanapun, kedua-dua jenis cara bersalin sama ada secara normal atau pembedahan caesarean tetap mempunyai risiko yang tersendiri.
Tambahan pula, memang sukar untuk meramalkan apa yang akan berlaku menjelang hari bersalin.
Mungkin ada ibu yang pecah ketuban terlalu awal, tidak mampu meneneran, bayi dalam posisi yang songsang, kelahiran pra-matang, atau kesihatan yang tidak mengizinkan.
Atas sebab itu, kita perlu bersedia dan terbuka untuk menerima sebarang perubahan yang mungkin berlaku pada saat-saat akhir.
Sakit Bersalin Normal
Apabila serviks sudah terbuka sebanyak 10 cm dan kepala bayi sudah mula keihatan, proses kelahiran akan bermula.Proses bersalin normal akan memerlukan kudrat anda sendiri untuk meneran bayi keluar dengan selamat.
Dibandingkan dengan mereka yang melalui pembedahan, bersalin normal akan melalui masa kontraksi yang agak menyakitkan.
Sewaktu kontraksi ini, mungkin akan ada yang rasa sakit di perut, belakang, pinggang, atau mana-mana tempat lain. Mungkin juga berasa lenguh satu badan.
Kontraksi ini pula akan semakin kuat apabila menghampiri waktu melahirkan.
Tetapi, selepas sahaja bayi lahir, sakit bersalin akan lega walaupun amat letih. Kadangkala, sampai tak perasan pun apabila plasenta (uri) dikeluarkan.
i) Episiotomi
Lagi satu, sakit bersalin normal ialah untuk menjaga luka jahitan atau episiotomi. Ngeri juga nak buang air lepas bersalin sehingga ada yang sembelit teruk.Kaedah ini antara yang paling selalu digunakan untuk membantu kelahiran normal berlaku dengan lebih cepat. Biasanya, kelahiran anak pertama memakan masa yang lama dan doktor akan menjalankan episiotomi bagi membuka laluan yang lebih luas pada bahagian perinuem.
Ringkasnya, ia adalah insisi (potongan) yang akan dibuat apabila perineum (bibir rahim) meregang terlalu perlahan. Bahagian yang akan dipotong biasanya akan dibius terlebih dahulu, kecuali jika ibu sudah diberikan epidural.
Episiotomi dilakukan untuk mengelakkan koyakan yang tidak seragam pada faraj akibat cara meneran yang salah. Ia juga dapat membantu kelahiran bayi yang bersaiz besar.
ii) Induksi
Kaedah induksi akan digunakan untuk mengalami masalah pre-eklampsia, kembar, ketuban pecah terlalu awal, saiz bayi terlalu besar, atau proses kelahiran yang terlalu perlahan.Doktor mungkin akan memberi ubat atau membuat beberapa teknik untuk merangsang agak berlakunya pengecutan rahim (kontraksi) secara semulajadi.
Antara teknik yang paling biasa dilakukan adalah memecahkan selaput ketuban.
iii) Forsep & Vakum
Forsep adalah sejenis alat penyepit yang hujungnya berbentuk sudu bagi memegang kepala bayi.Vakum pula merupakan alat berbentuk kon yang diletakkan atas kepala bayi bagi menyedutnya keluar.
Kedua-dua alat ini akan digunakan oleh doktor untuk mengelakkan bayi daripada lemas akibat terlalu lambat dikeluarkan.
Sakit Bersalin Melalui Pembedahan Caesarean (Czer)
Dalam keadaan tertentu, doktor mungkin akan memutuskan untuk menjalankan pembedahan jika ibu mempunyai sebarang masalah untuk melahirkan secara normal.Antara masalah yang selalu menyebabkan seseorang terpaksa dibedah adalah apabila telah melepasi tarikh jangkaan bersalin (‘overdue’), ibu mengalami diabetes, darah tinggi, atau penyakit lain.
Pembedahan harus dijalankan bagi mengelakkan bayi berisiko lemas, terbelit oleh pusat, bayi songsang, atau kepala bayi yang tidak betul posisinya.
Proses ini akan mengambil masa purata 45-60 minit dan bayi akan dikeluarkan dalam tempoh 5-15 minit pertama.
Anda akan diberi bius epidural atau bius keseluruhan badan, bergantung kepada situasi.
i) Semasa Pembedahan
Lazimnya, potongan akan dibuat pada bahagian abdomen secara melintang di atas bahagian ari-ari. Kemudian, barulah dipotong pada bahagian rahim.Air ketuban akan disedut dan kepala bayi akan dikeluarkan terlebih dahulu supaya bahagian mulut dan hidungnya dapat dibersihkan secepat mungkin untuk bayi bernafas.
Kemudian, plasenta akan dikeluarkan sebelum potongan tadi dijahit semula.
ii) Selepas Pembedahan
Selepas pembedahan, mungkin ada ibu yang berasa mual atau menggigil.Ini adalah kesan daripada ubat bius, kesan rahim mengecut, atau kesan penurunan adrenalin.
Tapi jangan risau, kesan ini akan hilang dengan cepat dan anda akan berasa mengantuk.
Selepas kesan bius hilang, luka pembedahan inilah yang akan menyebabkan anda berasa sakit atau tidak selesa semasa berpantang.
iii) Penjagaan Khusus
Wanita yang melahirkan bayi melalui pembedahan terpaksa tinggal di hospital lebih lama berbanding bersalin normal.Walaupun tiada sebarang komplikasi selepas bersalin, mereka yang bersalin czer perlu berada di hospital antara tempoh 3-5 hari.
Tempoh berpantang juga adalah lebih lama sedikit berbanding mereka yang normal. Pemakanan juga perlu dijaga sebaiknya supaya tiada kesan sampingan jangka masa panjang.
Mungkin ada yang mendakwa rasa sakit itu masih lagi terasa selepas 6 bulan atau 1-2 tahun. Namun, ada juga yang tiada sebarang masalah selepas bersalin hingga boleh bersalin sehingga 3 kali lagi secara pembedahan caesarean.
Sakit Bersalin Itu Ada Hikmahnya
Tentulah setiap kali bersalin itu sakit, tidak kiralah anda bersalin dengan cara apa pun.Namun, rasa sakit bersalin itu tentu akan terbayar setelah anda dapat memegang dan memeluk bayi anda.