Memang tidak dapat diakui, Fizo Omar di antara artis yang hebat dalam
perniagaan sementara itu pula Mawar Fareeda pula popular dengan beberapa
kes viral di laman sosial baru-baru ini.
Namun, Mawar akui Fizo sebenarnya lebih berbakat dalam bidang masakan
dan menyebabkan jutawan tudung ini tercabar dengan kebolehan suaminya
itu.
“Saya akui kalau di rumah, Fizo yang banyak berada di dapur berbanding saya kerana memasak adalah kesukaan dia manakala saya pula lebih kepada mengemas. Almaklumlah, lelaki kalau buat kerja dapur akan jadi tunggang langgang dan di situlah tugas saya (mengemas).
“Tiga tahun mendirikan rumah tangga, jujur ada juga rasa tercabar dengan situasi itu. Justeru, saya tawar diri untuk cuba dalami ilmu memasak dengan Fizo apatah lagi kami sekarang telah memiliki restoran sendiri iaitu ‘FizoMawar Kitchen’ yang dibuka pada Disember tahun lalu,
Kini Mawar mula berlajar dan mendalami ilmu masakan dari Fizo. Pasangan
ini juga telah pun menjadi duta kepada produk F&N dan bakal
mempunyai rancangan memasak sendiri.