loading...

(VIDEO) Menyingkap Kembali 15 Tahun Kisah Menyayat Hati Tragedi Pembunuhan Kejam Along Spoon

 Kira-kira 15 tahun lalu pada 6 Januari 2000 terjadinya satu tragedi apabila penyanyi Spoon – Along ditemui mati dibunuh. 
Along yang ketika itu berusia 19 tahun popular dengan lagu Serindu-Rindunya telah dibunuh dengan keadaan mayatnya dimasukkan ke dalam guni, diikat lalu dicampak ke dalam gaung sedalam kira-kira 400 meter iaitu di kawasan sunyi, Jalan Kuala Klawang, Negeri Sembilan.

Peristiwa berdarah itu hanya disedari lebih 10 hari selepas Allahyarham, dengan nama sebenar nama sebenarnya Sabi’ul Malik Shafie dilaporkan hilang iaitu pada 25 Disember 1999.
Penemuan mayat Allahyarham diketahui selepas seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Tontoni imbasan kisah sedih ini dalam bentuk video selepas 15 tahun ia berlalu. Al-Fatihah buat Allahyarham.

Share: