China - Seorang wanita di Xiamen ditahan selepas bertindak merempuh
sebuah kereta Jaguar enam kali menggunakan kereta Range Rover miliknya.
Apa yang lebih menjadikan kejadian itu pelik adalah apabila orang ramai
yang berada di kawasan sekitar mula bersorak supaya pemandu kereta Range
Rover itu terus merempuh Jaguar tersebut.
ARTIKEL MENARIK:- (VIDEO) Menyingkap Kembali 15 Tahun Kisah Menyayat Hati Tragedi Pembunuhan Kejam Along Spoon
Menurut Shanghaiist, kejadian berpunca dari perasaan tidak puas
hati pemandu Range Rover itu disebabkan kes penipuan kewangan yang
melibatkan pemilik Jaguar itu dan ibunya.
Kemarahan wanita itu semakin membuak apabila pemilik Jaguar itu dengan
sengaja meletakkan kereta dalam keadaan menghalang laluan keretanya.

Bosan menunggu pemilik kereta Jaguar itu datang, wanita tersebut
mengambil keputusan untuk melepaskan perasaan marah pada kereta itu.
Dengan perasaan marah, dia merempuh Jaguar itu enam kali, disemarakkan
lagi dengan jeritan orang ramai yang memberi 'sokongan' kepadanya dengan
berkata "Kuat Lagi".
Siap ada yang tepuk tangan lagi.






