loading...

CERITA SEBENAR VIRAL ACAPPAN MASUK ISLAM



KUALA LUMPUR - Heboh pagi tadi pelawak dan pelakon veteran, Acappan dilaporkan sudah memeluk agama Islam, viral di media sosial

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhWbHHWfNvto3g7lrCnnCRO6e3R67DZuwucJypdYkULDiVMFWWSP96LlN_wcPL3wViaBAfgA9kv7fkDVyDtPKXAc3sJ76XCXarm_m1pEnoS8oiu7ofx-FcdHS2_3U_HZ0TRiVqZ_U743L2V/s1600/Untitled.png


Bagaimanapun, Acappan atau nama sebenar, Samynathan Rethinan, 58, menafikan dakwaan itu. Beliau juga menjelaskan, gambar-gambar yang tersebar itu adalah gambar ketika dia menghadiri jemputan berbuka puasa di sebuah surau di Salak Tinggi, Ahad lalu.
"Saya belum lagi bersedia untuk memeluk agama Islam. Jika sudah bersedia, saya akan beritahu kepada semua tentang itu.
"Saya akui sedang mendalami agama Islam sejak mula berlakon lagi. Saya suka belajar tentang agama dan berkawan rapat dengan kawan-kawan beragama Islam," katanya kepada mStar Online.
Menjelaskan kehadirannya ke surau berkenaan, Acappan berkata dia menerima jemputan seorang rakannya yang ingin memperkenalkan beliau dengan seorang ulama Islam bagi membincangkan pelbagai perkara mengenai agama.
"Ini merupakan kali pertama saya ke surau atas undangan seorang rakan. Katanya ingin bercakap soal agama dengan seorang maulana yang datang ke surau itu semalam (Ahad).
"Tidak salah rasanya saya memenuhi undangan tersebut dan berborak-borak mengenai agama," katanya.
Acappan turut meminta orang ramai tidak mempercayai berita yang tersebar itu tanpa pengesahan dari beliau. Ekoran tersebarnya perkara itu, Acappan banyak menerima pelbagai reaksi dari rakan-rakan dan keluarga yang meminta penjelasannya mengenainya. - SUMBER
Share: