loading...

(GAMBAR) Pendedahan Sebenar Kisah Disebalik Penjara PALING KEJAM Di Dunia Yang Mengorbankan 40 Juta Nyawa





Di Amerika Syarikat penjara Alcatraz yang dikenali sebagai penjara paling seram di dunia atau Brazil dengan Penjara Carandiru sebagai penjara terkejam masa kini yang pernah menelan korban ramai banduan dalam rusuhan besar-besaran. Namun Rusia (dulu USSR) mempunyai penjara yang paling menakutkan di dunia, iaitu Glavnoe Upravlenie Lagerei (Penjara Gulag).
Penjara ini di bina semasa pemrintahan rejim Joseph Stalin yang merupakan diktator Soviet Union yang mendapat julukan “Steel Man” (lelaki besi) berkuasa. Beliau memerintah dari tahun 1922-1953. Selama beliau berkuasa ia dianggarkan telah memerintahkan pembunuhan sekitar 30 juta jiwa warga Kesatuan Soviet (termasuk negara-negara yang kini merdeka dari Soviet). Penjara yang menakutkan adalah kerana 40 juta orang tewas di Penjara Gulag.
Pada masa itu para penentang Stalin dikumpulkan di Penjara Gulag. Penjara Gulag tidak ubah seperti neraka pembawa kematian. Jumlah orang yang mati di sini 7 kali lebih banyak dari jumlah korban yang meninggal akibat bencana. Kekejaman penjara Gulag semakin kuat kerana lokasinya yang berada di tengah Hutan Taga, Siberia, Rusia yang suhunya selalu sejuk.
Sebahagian besar tahanan dihukum dengan keadaan yang menyedihkan. Ada yang dibunuh ada pula yang meninggal kerana kelaparan. Para banduan dipaksa bekerja berat. Kemudian mereka kembali ke dalam kem kayu yang dilindungi pagar dan kawat berduri.

Penjara ini ditutup pada tahun 1953, seiring dengan kematian Stalin. Namun ketika ini kita masih boleh melihat bekas-bekas runtuhan bangunan. Rel-rel Kereta Api yang digunakan untuk membawa tahanan masuk. Inilah salah satu saksi bisu kematian tahanan, ramai daripada mereka yang melompat dari Kereta Api yang hendak dibawa ke dalam penjara.











Jika masuk lebih dalam, kita boleh melihat bagaimana kem kayu yang dihuni para tahanan. Namun, bekas tempat makan dari aluminum yang digunakan sebagai bekas catuan para banduan masih ada di sana.
Share: