loading...

Ikutkan Saya Sudah Sedia Untuk Berkahwin, Tapi... - Mia Ahmad




Sebelum ini, nama Mia Ahmad pernah dikaitakan dengan pelakon popular yang menjadi kegilaan ramai iaitu Saharul Ridzwan. Ia berikutan selepas gandingan mantap menerusi  dalam drama yang mendapat perhatian ramai dalam kalangan netizen iaitu #HatiPerempuan. 
Pelbagai spekulasi yang timbul sehingga ada yang beranggapan Mia dan Saharul mempunyai hubungan cinta namun ia hanyalah gosip semata-mata. Malah tidak lama lagi Saharul Ridzwan Bakal Nikah, Ini Respon Mia Ahmad DiLuar Jangkaan!
Selepas itu, baru-baru ini bertebaran gosip mendakwa Mia dikatakan menjalin hubungan istimewa dengan pemain bola JDT. Sebaliknya dinafikan oleh beliau dan mengakui sekadar berkawan rapat. Meskipun begitu, jauh di sudut hati Mia Ahmad akui dia sememangnya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Namun buat masa sekarang masih belum menemui calon yang sesuai.
“Ikutkan saya sendiri juga sudah bersedia, keluarga memang ada bertanya tentang ini. Tetapi tidaklah sampai mendesak saya untuk berkahwin. Saya memang memulakan karier lakonan pada umur agak lewat. Bagaimanapun saya tidak pernah terfikir untuk lupa terus soal perkahwinan walaupun saya sedang usaha fokus kepada kerjaya”
“Tidak risau pun kalau ada yang anggap lelaki takut mendekati saya gara-gara gosip ini. Bagi saya, kalau benar ada jodoh, pasti saya akan berkahwin juga,” katanya apabila ditanyakan mengenai gossip cinta yang pernah hangat diantara beliau dan pemain bolasepak JDT akan memberi kesan didalam kehidupan peribadinya.


Sementara itu, ketika ditanya pula mengenai perancangan kerjaya beliau jika sudah berkahwin nanti, jelas pelakon ini beliau akur jika bakal suaminya ingin beliau meninggalkan dunia seni. Dan oleh kerana itulah, buat masa ini fokus utamanya adalah kerjaya seninya terlebih dahulu sebelum dirinya menjadi milik orang lain.
Share: