KOTA KINABALU: Kemunculan imej yang menyerupai 'wajah' pada permukaan
puncak St John di Gunung Kinabalu mengejutkan pendaki dan pengguna media
sosial. Imej pemandangan unik berkenaan kini menjadi viral.
Pengurus Taman Kinabalu, Yassin Miki berkata lakaran 'wajah' dapat
dilihat dengan jelas dalam keadaan pencahayaan tertentu di atas gunung.
"Ia hanya dapat dilihat selepas matahari terbit. Pemandangan wajah tersebut akan menjadi ketara," katanya.
Sesetengah pendaki yang pernah melihat pembentukan 'wajah' itu berkata ia lengkap dengan mata, hidung dan mulut.