Salam..saya wanita dan sudah berkahwin.
Satu malam saya mimpi berjimak..setelah sedar dan bangun dari tidur, saya lihat seluar dalam tiada bekas basah (air mani)…dan difaraj cuma ada ketulan bewarna putih kekuningan dan cirinya seperti keputihan yg biasa saya alami.
Perlu kah saya mandi wajib jika YAKIN tak keluar mani?
Apa hukum jika saya YAKIN yg air mani tak keluar, yg keluar cuma keputihan biasa.. - Shila, Selangor
Satu malam saya mimpi berjimak..setelah sedar dan bangun dari tidur, saya lihat seluar dalam tiada bekas basah (air mani)…dan difaraj cuma ada ketulan bewarna putih kekuningan dan cirinya seperti keputihan yg biasa saya alami.
Perlu kah saya mandi wajib jika YAKIN tak keluar mani?
Apa hukum jika saya YAKIN yg air mani tak keluar, yg keluar cuma keputihan biasa.. - Shila, Selangor
Pasti
ramai di antara kita baik lelaki mahupun perempuan yang merasa segan
bertanyakan hal hal yang terlalu peribadi kepada ustad.contohnya hukum
keluarnya air mazi dan air mani di bulan puasa ataupun sewaktu berpuasa
ganti di hari biasa.
Untuk
memudahkan anda bagi yang belum tahu,di bawah ini ,merisik kepada tajuk
“hukum keluar air mani dan air mazi ketika berpuasa.
Soalan:Adakah
batal puasa seorang itu ketika waktu berpuasa keluar air mazi dan mani?
dan tolong nyatakan dengan teliti apa itu air mazi dan air mani?
Air mazi:
Air
mazi adalah bentuk cairan jernih yang keluar dari kemaluan lelaki dan
wanita ketika berkeinginan melihat perkara prkara yang menggairahkan.ia
najis yang membatalkan wuduk,cara membersihkannya adalah dengan
merenjiskan air pada pakaian atau anggota tubuh yang terkena cecair itu.
Adakah air mazi membatalkan puasa?Zhir dalam mazhab Hanbali menyatakan,ia membatalkan puasa.
Bagaimanapun
imam Hanafi,Syafi’e Awzai’e Hasan Al-basri,As-sya’bie dan imam Ahmad
dalam satu pendapatnya befatwa,keluarnya air mazi tidak membatalkan
puasa.kita di malaysia berpegang pada mazhab Syafi’e
Pun,begitu
jika puasa tidak batal dan tidak perlu di ganti,tapi seseorang
hendaklah berusaha mengelakkan diri dari perkara perkara yang boleh
membangkitkan syahwat karena ia akan mengurangkan pahala puasa.
Air mani
Mencium
dan menyentuh sehingga keluarnya air mani dengan syahwat adalah
membatalkan puasa wajib qpdha dan ia di sepakati oleh seluruh ulama.
Batal
puasa orang yang mengeluarkan air maninya dengan sendiri atau sengaja
seperi bersetubuh dan melancap dan onani ,begitu juga dengan wanita.Hal
ini merupakan perbuatan dosa besar dan dimurkai Oleh Allah.
Manakala
keluarnya air mani karena mimpi di siang hari selepas zahur pada
ramadhan ,atau pun puasa pada hari biasa.ulama sepakat ia tidak
membatalkan puasa,akan tetapi untuk melaksanakan solat perlu dilakukan
mandi wajib terlebih dahulu.
Ciri air mani.
1.Bau hanyir yang kurang sedap,seperti putuh telur
2.Hanya keluar dengan keadaan syahwat dan menggairahkan,setelah keluar badan akan merasa lemah.
3.Keluarnya memancut dan meleleh
4.Air
mani lelaki warnanya putih pekat seperti ingus atau susu getah
melekat,air mani wanita warnanya kuning jernih agak cair sedikit.
Cara ganti puasa bagi orang yang onani ketika puasa.
Orang
yang sengaja mengeluarkan air mani ketika berpuasa ramadhan dengan cara
onani sama ada dengan tangan sendiri atau tangan isteri atau lain
lainnya,maka puasanya batal,dan bagi yang meneruskan puasanya ia hanya
sebagai menghormati bulan ramadhan.
Orang
tersebut wajib mengganti puasanya yang batal sebelum menjelang ramadhan
tahun berikutnya,jika belum terganti puasanya sehingga tahun depan,maka
ia wajib mengganti dan membayar fidyah.